Selasa, 3 Februari 2009

Aktiviti 07-09

Bincangkan sebab dan akibat.

PELIK TAPI BENAR

VENICE (Italy):
Pelancong ke Venice kini boleh membeli 'pas tandas' melalui Internet untuk menggunakan tandas awam di bandar itu sebelum mereka tiba di bandar popular itu.
Jurucakap bandar itu berkata langkah itu adalah untuk mengekang masalah pelawat yang menggunakan longkang dan tempat lain sebagai tandas.
Harganya? Tujuh euro ($13.60) untuk menggunakan tandas 10 kali dalam masa lima hari.

TOKYO (Jepun):
Sebuah balai bomba di ibu kota negara itu hangus dijilat api apabila seorang pegawainya terlupa hendak mematikan dapur gas sebelum meninggalkan balai itu untuk menjawab panggilan kecemasan.
Pegawai bomba itu telah berjanji akan memesan makanan dari kedai selepas insiden itu.

LONDON:
Kebab ayam atau kambing yang anda beli di United Kingdom mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi dan mungkin mengandungi daging lain, demikian menurut satu kajian pegawai Jabatan Kesihatan bandar itu.
Tinjauan yang melibatkan 494 kebab serata United Kingdom itu mendapati bahawa enam daripadanya mengandungi daging babi, termasuk dua kebab yang dilabel sebagai halal.

TORONTO (Canada):
Mereka terkandas lebih 24 jam di Sungai St Lawrence. Namun, 400 anak kapal dan penumpang kapal persiaran CTMA Vacancier itu berpesta sementara menantikan bantuan keselamatan tiba.
Kapal tersebut tidak dapat meneruskan pelayarannya dari Montreal ke Semenanjung Gaspe kerana dikelilingi bongkah ais yang tebal.
Seorang jurucakap CTMA berkata mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan pemandangan yang indah di kawasan itu telah menenangkan penumpangnya.

-- Reuters.

18 ulasan:

  1. 1)Sistem di Venice merupakan idea yang baik untuk mencegah perbuatan pelancong-pelancong yang menggunakan longkang atau tempat lain sebagai tandas.Puncanya mungkin disebabkan tandas yang tidak mencukupi ataupun harga untuk memasuki tandas adalah terlampau.

    2)Kejadian tersebut amat jelas bahawa pengawai tersebut yang bersalah kerana tidak bertanggungjawab dan lalai.Pada pendapat saya, cara pengawai tersebut adalah tidak munasabah. Sepatutnya pegawai tersebut diberi hukuman.

    3)Dalam pandangan saya, tujuan kebab-kebab tersebut mangandungi daging yang lain adalah untuk menambahkan perisa kebab-kebab tersebut supaya sedap dan untuk mengaut lebih keuntungan. Namun begitu, sememangnya salah dengan menambahkan daging babi yang tidak halal tetapi melabelkan bahan tersebut sebagai halal.

    4)Sebab anak-anak kapal dan para penumpang berbuat sedemikian munkin disebabkan mereka tidak dapat membuat apa-apa lagi kerana tersekat di situ. Oleh itu, apa salahnya jika mereka berpesta sementara menunggu bantuan jikalau tidak membawakan bahaya.

    BalasPadam
  2. M.Asyraf 3e2...
    ..Itali:Menggunakan pas tandas untuk melegakan diri adalah satu cadangan yang cukup baik.ini kerana, dengan menggunakan cara ini , ia bukan sahaja boleh membersihkan bandar tetapi dapat membina lebih bayak tandas awam dengan duit yang diperolehi. Strategi ini harus diperkenalkan di Singapura kerana ada ramai orang yang tidak bertanggungjawab dengan membuang air di longkang,tangga,dalam lif, tepi pokok atau di paip. Contohnya seperti perndatang asing yang membuang air setelah mabuk di bawah blok


    *Jepun...Bak peribahasa Kata dulung paku serpit,kata orang dia yang lebih.ini yang berlaku pada satu ahli bomba yang cuai. Dialah yang pemadam api dialah yang mencetuskan api. Ini menjadi contoh kepada kita supaya kecuain boleh terjadi di mana mana.


    *london... Perkara ini harus dihentikan dengan segera.ini kerana ada kemungkinan bahaa orang islam akan makan daging tersebut tanpa mengetahui apa yang ada sebenarnya ada di dalam kebab. Semoga sesiapa yang telah memakan kebab itu memohon maaf dari yang maha kuasa kerana memakan benda yang haram. Insyallah.


    *canada...Kejadian ini patut di sanjung orang kerana mereka sentiasa berasa tenang dengan kejadian yang penik ini.

    BalasPadam
  3. `AkimSapari. 3eeeeeeeee1. :DD

    Venice (Italy)
    Mengapakah perlu kami membeli pas tandas? Mungkin salah satu alas an yang akan diberi adalah kekurangan tandas awam. Jika mahu membeli pas tersebut, kami perlu melungsuri lelamannya dan membuat sebuah pesan. Harganya adalah Tujuh Euro ($13.60) hanya untuk ke tandas 10 kali selama lima hari! Dalam pendapat saya ia amat membazirkan wang dan harganya amat tinggi. Mengapakah Venice kekurangan tandas awam? Ia pasti tidak akan merosakkan pemandangan yang sangat cantik di Venice.

    Tokyo (Jepun)
    Ini amat melucukan kerana jika pembakaran yang telah berlaku di Balai Bomba tidak dapat dihampuskan, pasti rumah-rumah lain yang menghadapi pembakaran juga tidak dapat dihampuskan. Tetapi, mengapakan tiada alat keselamatan yang Ini menunjuk bahawa jika ada kecemasan tentang apa-apa sahaja pun kami tidak berprihatin bagi alam sekitar kami. Kadang-kadang kelakuan seperti begini akan mengakibatkan kematian seseorang.

    London.
    Mengapakah kedai-kedai yang menjual kebab-kebab tersebut mencapurkan daging yang akan dimasak? Adakah mereka kurangan wang? Jika kami makan kebab-kebab tersebut, kami hanya tahu jika ia mengandugi daging ayam. Tetapi, tahukah kami jika ia mengandungi daging-daging dari binatang-binatang lain? Oleh kerana kami berugama Islam, kami tidak dibenar untuk memakan makanan-makanan tersebut, Tetapi, kami tidak tahu jika kebab yang kami telah makan mengandungi daging khinzir. Namun, ini semua tidak jelas megapakah mereka mencampuri daging untuk membuat kebab. Ini menunjukkan bahawa penjual tersebut menjual kebab ini untuk keuntungan sendiri. Beliau tidak memberi kisah bagi sesiapa yang makan kebab tersebut.

    Toronto (Canada)
    Kapal-kapal kini perlu ada alat yang dapat menentukan dimanakah bongkah-bongkah ais menimbul. Tetapi, mengapakah kapal tersebut tidak ada alat-alat tersebut? Tetapi, ia amat mengelirukan bahawa merekea sempat berpesta sementara menantikan bantu keselamatan tiba. Oleh kerana mereka ada bekalan makan yang lebih dan pemandangan yang indah, mereka membuat masa untuk berpesta. Ini amat baik kerana ia tidak akan menurunkan suasana mereka.

    BalasPadam
  4. MUHAMMAD HAFIZ BIN ABD RAHMAN
    3E1
    (VENICE)Pas tandas yang perlu dibeli untuk digunakan di Venice tidak patut diadakan kerana ia hanya menyusahkan pelancong-pelancong.Harganya juga sungguh mahal untuk tempoh yang diberi untuk menggunakan tandas.Tetapi,caranya untuk memperbolehkan pelancong untuk membeli pas itu melalui internet sungguh bagus kerana pelancong tidak perlu ke kedai untuk membeli pas itu.
    (TOKYO)Musibah yang melanda balai bomba itu sungguh menyedihkan.Pada pendapat saya pegawai bombanya yang terlupa untuk menutup gas itu sepatutnya dipecat kerana kesilapannya yang besar itu.Saya rasa ahli bomba itu tidak patut lalai kerana mereka adalah seorang yang memadamkan api bukan memulakannya.Perkara ini akan membuat rakyat-rakyat tidak mempercayai dengan pegawai-pegawai bomba ini.
    (LONDON)Kedai-kedai kebab di Britain tidak patut berbuat sedemikian.Jikalau mereka ingin membuat wang,mereka tidak patut menipu tetapi harus berusaha.Mereka sepatutnya memikir tentang pelanggan yang beragama islam yang tidak boleh memakan daging babi.
    (TORONTO)Kejadian yang terjadi di Toronto amat menyeramkan.Penumpang-penumpang di kapal itu sungguh hebat kerana mereka tidak cemas tetapi sempat berpesta.Saya rasa semua orang di dunia harus berkelakuan seperti mereka dan selalu berfikir positif kerana ia boleh mengubahkan suatu musibah menjadi sesuatu yang menarik.

    BalasPadam
  5. Fatin Hanisah Alkhatib bte Md Fahmi
    3E2

    Venice (Italy):
    Pada pendapat saya,mereka tidak harus membuat begitu kerana pelawat tidak mahu menggunakan tandas awam.Harganya juga mahal kerana ia cuma boleh digunakan hanya 10 kali sahaja dan hanya boleh digunakan dalam masa 5 hari.
    Jika Singapura membuat langkah seperti ini, tidak ramai orang yang akan menggunakan tandas awam.


    Tokyo(Japan):
    Pada pendapat saya,pegawai bomba itu sangat cuai dan pelupa.Dia seharusnya menutup api sebelum mmenjawab panggilan kecemasan itu.
    Sepatutnya,di balai bomba itu harus ada alat semburan air dan alat pengesan asap di semua tempat yang ada api seperti dapur.

    London:
    Pada pendapat saya, mereka tidak harus menipu kerana pembeli mempercayai penjual itu sepenuhnya.Penjual hanya mahu keuntungan dah tidak fikirkan orang lain seperti orang yang alahan dengan daging babi dan orang yang menghadapi penyakit darah tinggi.

    TORONTO (Canada):
    Pada pendapat saya,mereka tidak harus berpesta walaupun makanan mencukupi dan permandangan yang indah untuk keselamatan.Kawasan itu membahayakan kesalamatan mereka kerana dikelilingi bongkah ais yang tebal.Mereka juga boleh mati kerena kesejukan.

    Sekian,
    Terima kasih

    BalasPadam
  6. Venice:
    Langkah ini tidak patut dijalankan. Mengapa kita harus membelanjakan wang hanya untuk pas tandas yang mungkin kita tidak akan gunakan untuk sepuluh kali dalam lima hari? Hanya membuangkan wang sahaja.

    Tokyo:
    Pegawai itu amatlah cuai. Sedangkan dia pegawai bomba, dia harus bersikap profesional. Harus adanya alat-alat keselamatan dalam masa kecemasan seperti itu.

    London:
    Ini dilakukan hanya untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Tidak kiralah apa yang ditambah di dalam makanan itu, asalkan ia sedap dan disukai ramai. Seperti juga sosej yang dijual sekarang.

    Toronto(Canada):
    Penumpang kapal amatlah untung. Tidak ada sesiapa pun yang cedera dan pemandangan di situ amat menakjubkan. Mungkin kejadian ini akan menjadi sesuatu memori yang indah bagi mereka.

    BalasPadam
  7. VENICE(Italy): Pada pendapat saya, negeri Italy ini tempat yang cantik dan indah, tetapi tidak terlintas di fikiran saya yang masalah tandas boleh berlaku. Cara negeri ini mengatasi masalah tandas amat ganjil untuk saya kerana caranya saperti undang-undang sekolah saya yang memerlukan pas tandas untuk ke tandas. Saya rasa juga Italy harus menepati undang-undang seperti "sesiapa yang didapati menggunakan longkang sebagai tandas akan didenda". Mereka juga harus pastikan yang tandas awam bersih dan dijaga supaya orang ramai tidak teragak-agak untuk menggunakan tandas awam.

    TOKYO (Jepun): Apabila saya membaca artikel ini, saya ketawa seketika. Tugas bomba itu adalah untuk memadamkan api, tetapi dalam artikel ini pula yang sebaliknya. Dengan adanya kejadian yang tidak bertanggungjawab ini, orang-orang jepun akan mula sangsi dengan keupayaan bomba untuk memadamkan api dengan cekap. Saya rasa pegawai yang menyebabkan kebakaran itu harus bersikap lebih professional dan tidak membuat kesilapan ini lagi.

    LONDON: Kelakuan negeri ini membuat kebab ayam atau kambing yang bercampuran dengan daging lain tidak bersikap professional. Saya amat marah dengan kelakuan mereka ini kerana kebab ayam harus mengandungi ayam SAHAJA dan bukan danging lain. Begitu juga dengan kebab kambing mahupun lembu. Bagaimana dengan orang-orang yang mempunyai alahan dengan khinzir atau daging lain? Apakah yang akan terjadi agaknya?
    Pihak pemerintah negeri ini harus bertindak dengan segera kalau tidak, ekonomi mereka akan merosot kerana orang tidak akan mahu membeli kebab yang dibuat mereka.

    TORONTO (Canada): Apakah maksud mereka berpesta apabila berada dalam keadaan yang susah? Adakah merekah fikir apabila mereka terkandas , tidak apa yang buruk akan berlaku? Saya amat terkejut membaca artikel ini. Mereka sepatutnya tidak diselamatkan kerana cara mereka menunggu untuk diselamatkan tidak menunjukkan yang mereka ingin diselamatkan. Di mana-mana tempat pun kita berada, kita haruslah mengutamakan keselamatan.

    BalasPadam
  8. Muhammad Syafiq 3E2
    VENICE (Italy):
    Pas tandas iti tidak sepatut diadakan kerana dengan harga tujuh euro($13.60), mereka boleh menghunakan tandas tersebut untuk 10 kali dalam masa lima hari. Ada di antara mereka yang perlu menggunakan hanya sekali sahaja dan ia tidak memasuk akal untuk membayar tujuh euro untuk menggunkan tandas. Di negara demikian, mereka membuat begitu ialah untuk pelancong dan selalunya pelancong tidak kesah membayar harga itu. Jikalau Singapore membuat seperti itu, boleh dikatakan bahawa tidak ramai akan membeli pas tersebut dan mereka akan menggunakan tandas di restoran-restoran terdapat di sana.

    TOKYO (Jepun):
    Di Tokyo pula balai bomba terbakar kerana seorang pegawai bomba terlupa hendak mematikan dapur gas sebelum meninggalkan balai itu untuk menjawab panggilan kecemasan. Ini sudah menunjukkan bahawa mereka tidak cekap atau pun bersikap tangunngjawab. ini juga menunjukkan bahawa balai bomba tersebut tidak ada alat pengasan asap atau pun air jatuh dari bumbbong. Ini diantara yang balai bomba tidak ade teknology atau pun mereka mengingatkan bahawa balai bomba tidak akan terbakar. ini telah di buktikan yang dimana-mana api boleh bermula.

    LONDON:
    Di London pula mereka menggunakan tanda halal sembarang. Ini menungukkan bahawa pemerintahnya tidak ambil peduli seperti kandungan lemak dah garam yang sangat tinggi. jabatan kesihatan bandar tersebut harau ambil tindakakn seperti untuk mengurangkan lemak dah garamnya. Kalau termakan terlalu banyak lemak dah garam ia boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan boleh membawa maut.

    TORONTO (Canada):
    Artical ini menungukkan bahawa pihak tersebut ada pemikiran yang positive. dan ini juga menunjukkan yang kalap tersebut tidak ade alat penelamat yang sering ada di kapal-kapal. Jika tidak ada penelamat yang datang, nanwa mereka dan anak-anak kapal tergantung.

    BalasPadam
  9. VENICE (Italy);
    Langkah yang telah diambil pemerintah di Venice ialah untuk menjaga kebersihan negara itu. Para pelancong ke Venice boleh membeli 'pas tandas' agar tidak menggunakan tempat-tempat yang lain sebagai tandas. Bagi saya, cara ini telah menunjukkan bahawa mereka yang berkelakuan sedemikian tidak menggunakan inisiatif dan pentingkan diri sendiri.

    TOKYO (Jepun);
    Atas kecuaian yang dilakukan oleh ahli bomba itu, balai bomba itu telah musnah. Namun, dia dapat lepas dari hukuman atas kecuaiannya itu. Kelakuannya sungguh tidak bertanggungjawab dan ia boleh mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.

    LONDON;
    Sikap para penjual yang tidak bertanggungjawab hanya pentingkan keuntungan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan akan pelanggan yang membeli kebab-kebab itu. Demi mendapat keuntungan yang berlebihan, para penjual ini sanggup menipu pelanggan mereka. Mereka telah berkelakuan tidak amanah secara begini.

    TORONTO (Canada);
    Kejadian yang berlaku di Toronto amat mengejutkan. Para anak kapal dan penumpang kapal masih sempat berpesta sementara menunggu mereka diselamatkan. Mereka berfikiran positif dan tidak mahu membuntukan lagi keadaan.

    BalasPadam
  10. Qurratu Aini Bte Bakri
    3E1

    VENICE (Italy):
    Pas tandas ini diperkenalkan hanyalah untuk menyuruh pelawat untuk menggunakan tandas supaya mereka tidak menggunakan longkang atau tempat lain. Pada pendapat saya 'pas tandas' itu tidak perlu digunakan kerana mereka boleh membuat peraturan untuk melarang mereka daripada menggunakan tempat lain sebagai tandas dan mereka yang melanggar peraturan ini harus membayar saman.

    TOKYO (Jepun):
    Pegawai bomba itu seharusnya tidak boleh cuai dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab untuk tidak mencetuskan api. Mereka juga mempunyai banyak alat-alat untuk mencegah api. Ini akan memalukan diri mereka sendiri sebagai seorang ahli bomba.

    LONDON:
    United Kingdom seharusnya memeriksa daging itu sebelum menjual. Ini juga boleh membahayakan mereka yang menghidap penyakit darah tinggi. Ini juga akan membahayakan mereka yang berugama islam kerana ada yang mempunyai daging babi.

    TORONTO (Canada):
    Mempunyai bekalan makanan yang cukup dan pemandangan yang indah di kawasan itu adalah sesuatu yang menguntungkan kerana ini menenangkan mereka. Kapal itu seharusnya mempunyai alat-alat keselamatan sekiranya terjadi apa-apa kepada mereka.Mereka juga harus meminta pertolongan dengan secepat mungkin untuk membantu mereka.

    BalasPadam
  11. Mohammad Nashrulhaq Abdullah(NasBregas) 3e1:


    VENICE (Italy):
    Pada pendapat saya, rancangan 'pas toilet' ini baik kerana ia mudah untuk pergi tandas awam dan apabila sudah dapatkan pas ini daripada internet, orang yang mahu menggunakan tandas tidak akan menyusahkan diri sendiri. Kadang-kadang mereka ini ada wang besar. Namun, mereka kena cari untuk wang kecil dan kalau mereka sudah tidak boleh menahan, mereka akan memlakukan pekara yang tidak snonoh dan memalukannya.

    TOKYO (Jepun):

    Saya berfikir bagaimana pekara ini boleh dijadi. Teknologi mesti diadakan kepada balai bomba itu kerana Jepun pandai. Alat pengesan asap tidak ada pun dalam balai itu. Saya juga curiga dengan kebodohan Jepun yang mereka tidak berfikir yang api boleh dijadi. Orang itu yang meninggal dapur gas terbuka juga bodoh. Dia juga seorang daripada ahli bomba tetapi dia membuat pekara ini. Agaknya dia lalai dan dia mesti ada hukuman kerana melakukan masalah ini.

    LONDON:

    Saya sangat takut apabila membaca perenggan itu kerana saya dahulu tinggal di London tetapi nasib baik saya tidak makan kebab ini. Saudara-mara saya sekarang tinggal di London untuk belajar dan saya takut mereka tidak tahu tentang akibat ini. Saya curiga kenapa kebab itu dilabel sebagai halal apabila rupanya, ia mempunyai daging babi. Kalau ada orang Islam atau orang yang tidak boleh makan babi adalah di situ, mereka akan menjadi sangat marah dan mengadu tentang pekara ini. Kalau orang itu Islam, saya akan menjadi malu.

    TORONTO (Canada):

    Rancangan ini seperti cerita 'TITANIC' tetapi tidak ada orang mati atau tenggelam dalam air. Saya berfikir kenapa kapten ini membolehkan pekara tersebut ini dan bagaimana kapal itu boleh kena dengan bongkah ais tebal itu. Pada pendapat saya, mereka pandai untuk tenangkan diri mereka pada masa itu.

    BalasPadam
  12. Zulhilmi 3E2

    VENICE (Italy):
    Pada pendapatan saya,harganya terlalu tinggi untuk menggunakan tandas sepuluh kali selama lima hari.Mengunakkan longkang dan tempat lain sebagai tandas kotor dan tidak sihat.Pelancong ke Venice harus membawa banyak duit jika mereka harus pergi ke tandas lebih daripada sepuluh kali.Saya harap harganya diturunkan supaya orang-orang tidak menyusahkan diri sendiri.

    TOKYO (Jepun):
    Saya berasa kecil hati apabila mendapat tahu seorang telah terlupa memadamkan dapur gas.Ia sedih kerana dia seorang balai bomba.Dia telah terlupa mematikan daour gas sebelum meninggalkan balai itu untuk menjawab panggilan kecemasan.Ia sebabnya balai bomba itu hangus dijilat api.Saya harap balai bomba lebih berhati-hati dengan gas dan api apabila diggunakan.Seorang boleh mati apabila dibakar api.Ia bahaya dan perkaranya penting dan harus diberhentikan.

    LONDON:
    Ia tidak bersih untuk memakan kebab ayam atau kambing kerana ia boleh mengandungi daging babi.Saya terkejut apabila mengetahui dua kebab yang dilabel sebagai halal kerana ia boleh terdapat daging babi.Ia harus diberhentikan kerana ia tidak sihat untuk saya makan daging babi.Ia juga kotor.

    TORONTO (Canada):
    Pada pendapatan saya ia tidak baik dan menyusahkan orang-orang yang harus menantikan bantuan keselamatan tiba.Saya terkejut jika mereka masih hidup selepas masalah ini.

    BalasPadam
  13. Amsyar Afiq 3E2

    VENICE (Italy):
    Penggunaan 'pas tandas' untuk pelancong adalah salah satu cara yang akan memberi pelancong-pelancang menggunakan tandas awam dariapada menggunakan longkang untuk membuang air.
    Kemungkinan besar juga, tandas awam yang berada di bandar itu tidak mencukupi.
    Pada pendapat saya, kita di Singapura tidak perlu menggunakan cara sebergini kerana kita sudah mempunyai tandas ynag muncukupi

    TOKYO (Jepun):
    Dari rencana ini, saya mendapati sepatutnya adanya alat pengesan asap. alat ini akan mengesan asap sebelum terjadinnya api yang akan merebak. Tidak perlu untuk membeli makanan luar. Haruslah berjaga-jaga supaya perkara ini tidak berulang lagi.

    LONDON:
    Garam yang berlebihan boleh menyebabkan mendatangkan maut kepada orang yang berpenyakit darah tinggi. Jangan kata orang yang sakit. Orang yang memakan garam berlebihan juga akan mati!!!!!

    TORONTO (Canada):
    Tindakan anak-anak kapal untuk mengadakan pesta adalah satu tindakan yang amat baik. Ia boleh membuat penumpang kapal itu berfikiran postif. Berpesta atau mengalihkan minda kepada perkara yang lebih baik. Daripada menunggu untuk diselamatkan lebih baik melakukan perkara yang baik.

    :)

    BalasPadam
  14. VENICE (Italy)
    Saya berasa yang cara ini tidaklah sesuai untuk mengawal masalah pelawat kerena 'pas tandas' yang boleh digunakan itu dijual terlalu mahal. Pada pendapat saya, untuk menyelesaikan masalh berikut, Jurucakap boleh memikirkan cara lain yang dapat menyelesaikan masalah seperti ini.

    TOKYO (Jepun)
    Seharusnya, pekerjaan yang dilakukan oleh pegawai balai bomba harus lebih diperhatikan supaya tidak berlaku masalah balai tersebut dijilat oleh api kerana tidak mematikan dapur gas untuk menjawab panggilan kecemasan.

    LONDON
    Kebab yang dijual di sana telah mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi dan juga daging babi.Untuk menyelesaikan masalah ini, para penjual harus bersikap adil dan tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri.

    TORONTO (Canada)
    Mereka berpesta sementara menantikan bantuan keselamatan tiba. Masalah ini dapat menyegarkan orang-orang yang terkandas dikelilingi bongkah ais yang tebal. Dengan cara ini, mereka akan berfikiran positif.

    Norsilah 3E2

    BalasPadam
  15. PELIK ITU MEMANG BENAR

    seperti di VENICE (Italy):
    mungkin penduduk nya di situ ramai yang menggunakan tandas awam ataupun tandas yang tidak mencukupi di bandar itu.
    masalah bergini jarang berlaku di singapura kerana banyak tandas awam boleh dijumpai di merata-rata tempat di singapura.saya bershukur kepada pemerintah singapura.

    di TOKYO (Jepun) pula:
    jikalau seorang pegawai bomba yang lalai mengekang sebuah kebakaran di balainya sendiri,tidakkah rakyat-rakyat merasa keselamatan mereka terjejas?
    dan tidakkah alat pengesan asap mereka berguna?
    di singapura,kemalangan sebigini susah untuk dimaafkan.dendanya sahaja menunjukkan betapa pentingnya kerjanya itu dan tidak seharusnya untuk dia cuai di kerjanya.

    dan di LONDON pula:
    garam yang berlebihan boleh mendatangkan maut kepada orang penyakit darah tinggi atau membuat seorang itu senasib juga kerana darah mereka tidak sesuai.mungkin juga orang yang menjual tidak tahu tentang ini pun.tetapi orang-orang yang membekalkan kepada mereka.
    mencampur daging babi dengan ayam muingkin adalah sesuatu campuran yang kurang baik kerana pelancong-pelancong mungkin alah kepada campuran tersebut.cap halal juga diberi mungkin untuk mendatangkan keuntungan yang harm.
    perkara ini ada juga yang berlaku di singapura tetapi mereka-mereka semua hampir ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

    akhirnya,di TORONTO (Canada):
    nasib anak kapal itu sungguh malang tetapi ada juga fikiran positifnya di situ.
    mereka anggap kan nya seperti sesuatu masa untuk menenangkan fikiran.
    penduduk-penduduk singapura seperti saya sungguh cemburu dengan mereka dan bershukur akan keselamatn mereka.

    HAKIM E2.

    BalasPadam
  16. Mohd Tirana Bin Mohd Sufian

    Di Venice(Italy),mereka menjualkan pas tandas untuk mengurangkan masalah pelawat yang menggunakan longkang dan tempat-tempat lain sebagai tandas.Pada pendapat saya,cara ini tidak manfaatkan negara Italy kerana dengan menggunakan cara ini,lebih ramai pelawat akan menggunakan longkang dan tempat-tempat lain sebagai tandas kerana mereka tidak mahu membuang duit mereka untuk menggunakan tandas sahaja.Cara yang sepatutnya digunakan adalah bersaman sesiapa yang menggunakan longkang dan tempat-tempat lain sebagai tandas.

    Di Tokyo(Jepun),masalah yang terjadi di sana adalah disebabkan kelalaian pegawai bomba yang telah membiarkan gas dapur untuk berjalan tanpa sesiapa untuk menjaganya.Perkara ini sangat mengejutkan kerana kelalaian pegawai bomba itu telah membuat balai bomba itu dihangus dengan api dan telah membuat kesusahan kepada masyarakat Jepun.Nasib pegawai itu sangat baik kerana tiada sesiapa pun yang terlibat dalam kemalangan kebakaran itu.

    Di London,mereka menjual kebab yang mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi dan juga mengandungi daging babi.Saya harap bahawa perkara ini dapat dihentikan kerana orang-orang islam mungkin termakan daging babi yang haram tanpa diketahui mereka dan kandungan lemak dan garam yang tinggi itu boleh mengakibatkan ramai orang untuk menjadi sakit.

    Di Toronto(canada),kapal persiaran CTMA Vacancier terkandas apabila dikelilingi bongkah ais yang tebal.Pada pendapat saya,penumpang kapal itu berpesta kerana mereka mahu berasa positif dalam masalah yang boleh mengambil nyawa mereka dan ia adalah sesuatu perkara yang bagus.

    BalasPadam
  17. Abdul Azam (14)

    Venice(Italy):Pada pendapat saya 'pas tandas' itu akan menyusahkan para pelancong jika mereka hendak mengguna tandas.Pelawat tidak akan mengguna longkang untuk membuang air jika tandas itu tidak mengguna 'pas tandas'.


    tokyo(jepun): Pada pendapat saya pengawai bomba itu harus lebih bertanggungjawab.Balai bomba itu harus ada alat semburan air.Orang-orang jepun tidak akan berapa percaya kepada pengawai bomba kerana dia tida bertanggungjawab.

    London: Artikel ini menujukan bahawa orang london makan makanan ynag mempunyai banyak garam dan lemak.Jika kita makan banyak garam kita boleh mendapat dara tinggi.Orang-orang yang menjual babi tetapi mereka meletak halal harus di saman kerana ada orang yang alahan terhadap babi.Pemerintah harus mengambil tindakan terhadap orang yang tidak bertanggungjawab.Ia akan membahayakan orang yang alahan terhadap babi.

    TORONTO (Canada):Pada pendapat saya anak kepal dan penumpang itu ada minda yang positif.Mereka tidak bimbang walaupun mereka terkandas dan mereka tahu ada bantuan akan tiba.Mereka berpesta walaupan mereka terkandas.

    BalasPadam
  18. Jika saya melancong ke Venice, saya tidak akan membeli pas itu. Saya tidak setuju dengan pelancaran idea itu kerana ia bukan sahaja membuang duit, tetapi membuat sesiapa yang tidak mempunyai pas itu terpaksa membuang air kecil/besar di jalan raya. Tambahan pula,pengunjung harus membeli pas itu daripada internet.

    Kejadian di Tokyo itu tidak membuat saya terkejut kerana setiap manusia membuat kesilapan. Namun, saya terfikir kenapa tidak ada orang lain yang boleh mengangkat telefon itu?

    Di dalam dunia yang global ini, pasti ada makanan yang secara diam-diam mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh agama Islam. Walaupun adanya label Halal di paket makanan itu, tidak semestinya ia boleh dimakan oleh umat Islam. Semua syarikat mahu mendapat untung. Jadi, mereka tidak mempedulikan perkara seperti ini. Jadi bagaimanakah dapat seseorang memilih diantara Halal yang benar atau Halal yang salah? Saya cadangkan agar kita mencari maklumat daripada Internet dan juga mendapatkan senarai makanan-makanan yang Halal di Singapura, dan yang penting sekali, bacalah kandungannya.

    Saya boleh mempelajari sesuatu daripada peristiwa di Toronto ini. Tidak semestinya setiap kejadian buruk membuat kita sedih. Masih ada kegembiraan di dalam hati kita. Seperti pepatah Ingerris," There is always happiness within".

    Nuratifah Bte Ahmad.
    3E1

    BalasPadam