Apakah yang mendorong pekedai untuk melanggar peraturan dan faktor apakah yang menyebabkan para belia berani melakukan kesalahan tersebut?
HADAPI PADAH JUAL ROKOK KEPADA BELIA BAWAH UMUR
KEDAI runcit Cheers di Stesen MRT Choa Chu Kang menghadapi padah menjual rokok kepada belia bawah 18 tahun - lesen menjual tembakaunya digantung enam bulan. Tindakan ke atas kedai runcit milik Cheers Holdings Pte Ltd yang diambil Penguasa Sains Kesihatan (HSA) itu berkuatkuasa dari kelmarin hingga 31 Julai.
Menurut HSA semalam, tindakan tegas itu diambil setelah seorang kakitangan kedai tersebut 'ditangkap' menjual rokok kepada seorang pelanggan berusia bawah 18 tahun pada 10 Disember lalu. Ia bukan kesalahan pertama kedai itu. HSA berkata seorang kakitangan kedai itu pernah ditangkap kerana kesalahan sama.
Bagaimanapun, ia tidak memberi butiran mengenai kesalahan pertama itu.
'Memandangkan seorang kakitangan kedai tersebut telah mengulangi kesalahan menjual produk tembakau kepada belia bawah umur, HSA telah menggantung lesennya selama enam bulan,' ujar penguasa itu.
Dengan kes terbaru itu, yang pertama tahun ini, sebanyak 14 kedai runcit telah dikenakan tindakan digantung lesen menjual tembakau sejak Mac 2006. Di bawah Akta Merokok, mereka yang pertama kali didapati bersalah menjual produk tembakau kepada belia bawah umur boleh didenda sehingga $5,000.
Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda maksimum ialah $10,000. Selain denda, lesen menjual tembakau yang diberi kepada pekedai boleh digantung jika mereka sendiri atau kakitangan mereka didapati salah mengulangi kesalahan tersebut.
'HSA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas bagi mencegah penjualan produk tembakau secara haram kepada golongan belia bawah umur,' ujar HSA lagi.
Penguasa itu menggalak orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan produk tembakau secara haram kepada belia bawah umur supaya menghubungi hotline Unit Pengawalan Tembakau, 6213-8930 atau 6213-8931, pada waktu pejabat.
khairulawnwar 3a1
BalasPadamPada pendapat saya,penjual itu tidak berfikir dahulu sebelum menjual rokok.Dia tidak patut mejual kepada remaja-remaja yang berumur 17 dan bawah.Dia akan merosakan remaja-remaja sekarang dan akan jatuh sakit dengan senang kerana kesihatan yang agak buruk.Penjual itu sepatutnya berasa takut kerana dia harus membayar $10000 atau pun$5000.Remaja yang berumur 17 atau bawah patutnya menikut undang undang kerana masih sekolh dan mereka boleh dibuang sekolah dan akan hanyut.Mereka tidak patut mengikut kawan-kawan yang merokok kerana ia akan mengaruh mereka dan akhirnya akan menjadi seperti kawan-kawannya.
Saya rasa lelaki itu terdesak untuk duit atau tamak. Kemungkinan juga dia mahu perniagaannya bertambah lagi bagus.
BalasPadamDia tidak sepatutnya buat sebegitu kerana ia adalah salah satu undang-undang di Singapura supaya jangan menjual tembakau kepada yang berusia bawa umur 18 tahun. Dia sedang melanggar peraturan jadi ia sangat memuaskan jikalau dia dihukum penjara dan/atau didenda. Dia juga tidak memainkan peranan sebagai orang dewasa, dia tidak sepatutnya memberi mereka beli tembakau ini supaya tidak ramai dari bawa umur 18 tahun boleh merokok.
Para belia juga tidak patut membeli tembakau itu dari pekedai jikalau sudah tahu mereka tidak patut mengisap rokok di bawa usia 18 tahun, lagipun mereka sedang mengambil risiko dengan membeli tembakau daripada pekedai yang juga bersalah itu.
Para belia yang ketagih rokok, mereka sanggup melanggar peraturan demi rokok.
'Asalkan ada rokok sudah', inilah frasa yang selalu dikatakan atau difikirkan remaja-remaja terkini.
Nur Adillah.Z
zulfadhli dasuki(3a1)
BalasPadamsaya merasa bahawa penjual yang menjual rokok ini tidak patut menjualnya.saya merasa bahawa penjaga kedai ini menjual rokok untuk mendapatkan wang yang lebih cepat.saya rasa bahawa penjual ini mendapat rokoknya dari malaysia.mereka menjual rokok secara diseledup supaya pegawai polis tidak boleh menyiasat siapa yang menjualnya....................................
memang patut pegawai polis patut memberi hukuman yang serious terhadap penjual dan pembeli.......mereka yang menjual rokok ini tidak patut menjual rokok ini kepada belia kerana ia boleh merosakkan paru mereka.,............
saya merasa belia membeli rokok untuk menghilangkan stres dan ada juga mengisap rokok untuk menunjukkan kepada kawannya yang mereka berani melangar peraturan.mereka pun tepegaruh mengisap rokok dari satu pihak keluarganya atau kawannya......................
SOALAN:::MENGAPAKAH BELIA MEMBELI ROKOK ????
JAWAPAN:::TANYA CIKGU MAS
Muhd Asyraf (Zahid) 3A1
BalasPadamPada pendapat saya penjual rokok itu tidak patut mejual dan saya rasa bahawa penjual itu hendak menjual untuk medapat duit. Orang-orang bawah umur 18 ke bawah tidak patut merokok kerana ia akan menyebabkan maut dan membuang duit dan juga membuang masa belia......................................................................
Saya rasa perokok yang berumur 18 ke bawah hendak menunjukan mereka berani melanggar peratuan singapura dan ada juga hendak bergaya.............Saya rasa kebanyakan remaja-remaja mengisap rokok terpengaruh. ..................................
Remaja budak-budak zaman sekarang memikir bahawa merokok adalah satu cara untuk menghilangkan stres............................
SOALAN:Mengapakah ramaja zaman sekarang harus mengisap rokok dan bukan memikir tentang masa depan mereka???????
Muhd Asyraf (Zahid) 3A1
BalasPadamPada pendapat saya penjual rokok itu tidak patut mejual dan saya rasa bahawa penjual itu hendak menjual untuk medapat duit. Orang-orang bawah umur 18 ke bawah tidak patut merokok kerana ia akan menyebabkan maut dan membuang duit dan juga membuang masa belia......................................................................
Saya rasa perokok yang berumur 18 ke bawah hendak menunjukan mereka berani melanggar peratuan singapura dan ada juga hendak bergaya.............Saya rasa kebanyakan remaja-remaja mengisap rokok terpengaruh. ..................................
Remaja budak-budak zaman sekarang memikir bahawa merokok adalah satu cara untuk menghilangkan stres............................
SOALAN:Mengapakah ramaja zaman sekarang harus mengisap rokok dan bukan memikir tentang masa depan mereka???????
Muhd Farhan 3A1
BalasPadamPada pendapat saya,
penjual itu menjual rokok tembakau haram.Dia tidak harus menjual rokok kepada umur bawah lapan belas tahun kerana ia dilarang oleh pemerintah di Singapura.Saya rasa yang penjual itu menjual tembakau kepada bawah 18 tahun kerana dia boleh dapat lebih duit dan pengedarnya mungkin menjual tembakau kepada penjual kedai runcit Cheers di Stesen MRT Choa Chu Kang.Penjual itu akan disaman $5,000 kalau dia pertama kali ditangkap.Kalau dia pernah ditangkap dan dia membuat lagi, dia harus membayar saman $10,000. Pegawai HSA harus memeriksa semua kedai yang menjual tembakau kepada bawah 18 tahun.
Saya rasa, ramai pekedai menjual rokok kepada budak bawah umur 18 tahun kerana ingin perniagaan mereka maju dan ingin mendapat wang lebih untuk perbelanjaan sendiri. Mungkin belia-belia yang menghisap rokok rasa bahawa mereka itu sangat bergaya atau 'cool'. Mereka tidak fikirkan tentang risiko-risikonya. Kadang-kala, punca belia-belia bermula menghisap rokok ialah dari pengaruhan kawan-kawan atau diberikan terlalu banyak kebebasan daripada ibu bapa. Saya rasa belia-belia yang meghisap rokok itu telah melakukan sesuatu perkara yang bodoh.
BalasPadamNur Syafiqah Bte Md Shariff, 3A1.
BalasPadamPada pendapat saya,
mungkin yang mendorong pekedai itu dengan membuat sedemikian kerana dia ingin mendapat untung dengan lebih mudah dan cepat. Pekedai tersebut harus tidak sepatutnya melakukan sedeimikian kerana ia akan menjejas lesen mereka sendiri dan lesen mereka itu boleh digantung untuk beberapa bulan. Kebanyakan yang membeli rokok di kedai tersebut ialah remaja-remaja yang masih di bangku sekolah lagi berumur bawah 18 tahun. Dengan perkara sebegini, kita dapat mempelajari bahawa mereka yang berumur bawah 18 tahun jika membeli rokok tersebut, mereka telah melakukan suatu kesalahan di sisi undang-undang. Penyebab ini mungkin kerana mereka dipengaruhi oleh teman-teman mereka. Pada pandangan mereka, mereka fikir bahawa merokok itu perkara yang membuat mereka lebih bergaya dan berani. Namun, itu semua tidak benar. Padahal perkara yang mereka telah lakukan itu ialah suatu perkara yang bodoh dan tidak masuk akal. Soalan yang berada di fikiran saya sekarang ialah kenapa mereka tidak boleh menunggu sehingga mereka berumur 18 tahun? Gian sangat kah mereka itu? Pejam celik, pejam celik, mereka akan berumur 18 tahun. Pada saya, ini sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak menggunakan akal mereka sendiri. Dengan pemikiran yang masih waras lagi, mereka sepatutnya tahu mana salah dan mana yang betul.
AishahRaman-[3A1]
BalasPadamPada pendapat saya,mungkin pekedai itu ingin kemewahan.Dari situ,ia juga boleh menyebabkan pekedai itu membuat rancangan baru.Ia itu menjual rokok kepada belia bawah umur 18 tahun.Namun,kesemua yang telah dirancang ada akibat yang akan dihadapi pekedai itu.Kesalahan untuk menjual rokok kepada belia bawah 18 tahun boleh didenda $5000.Apatah lagi dengan kedai yang tidak punya lesen yang tetap.Namun,budak-budak bawah 18 tahun juga harus dipersalahkan.Kebanyakkan pelajar sering menghisap rokok.Mereka tidak berfikir akibat yang seterusnya jika mereka terus menerus menghisap gengan sukarela.Dengan merokok ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.Mereka sering lupa diri dan senang dipengaruh oleh rakan-rakan ataupun ibu bapa mereka sendiri.Jika mereka ditangkp untuk membuat kesalahan untuk kali kedua atau berikutnya,ia boleh didenda $10,000.Undang-undang sekarang semakin tegas dengan kes seperti ini.Jikalau tidak,perkara ini boleh membiak.Itu sebab lah kita harus saling mengingati bahawa merokok itu adalah bahaya.Bukan sahaja didenda dengan jumlah yang besar.Malah,kesihatan kita juga boleh terjejas.Begitu juga dengan penjual rokok atau tembakau.Mereka turut harus didenda oleh perbuatan masing-masing.Dari membuang duit mereka untuk membeli rokok,mereka boleh menyimpan duit itu ataupun membeli barang yang lebih penting dan sangat diperlukan.Inilah serba sedikit tentang pendapat saya.
Muhd Rasyidi , 3A1
BalasPadamSaya merasakan bahawa pekara ini tidak harus dilakukan kepada belia bawah 18 tahun. Para penjual tidak harus menjual rokok kepada belia bawah 18 tahun kerana merokok boleh membawa akibat yang boleh merosakkan kesihatan mereka dan merosakkan kesihatan kepada perokok-perokok. Akibat-akibat yang lain adalah merokok boleh membawa kancer kepada orang yang merokok. Saya berasa belia yang membeli rokok berfikir bahawa merokok itu bergaya dan ia boleh menghilangkan tekanan tetapi saya berasa merokok itu sungguh buruk. Ada pun yang merokok kerana mereka terpengaruh oleh kawan mereka atau ibubapa mereka. Untuk mengurangkan orang menghisap rokok , pemerintah telah dilarang merokok di beberapa tempat. saya harap pekara ini boleh dikurangkan.
Muhammad Fawwaz(3a1)
BalasPadamPada pendapat saya , merasa penjual rokok mengahancurkan masa depan mereka and mengambil risiko sama ada sambung menjual rokok itu atau dapat tangkap dan ke penjara. Pengual rokok menghancurkan masa depan mereka dan juga mencurkan pembeli yg berumur bawah 18 ...................................
Ramai remaja membeli rokok-rokok yang haram
kerana pengaruh dari rakan-rakan and hendak membilang orang yang die berani untuk melangar undang-undang.........
IPada pendapt saya , penjualan haram and pembeli haram mesti di hukum dan ke penjara untok memberi pelajaran supaya tidak membuat ini lagi.
Muhammad Fawwaz.A.K.A
Special Thanks to:
Arsenal
Ramly
Pizza Hut
Chendol
MDM MAS
Muhd Syahir,3a1
BalasPadamSaya merasakan bawaha , para penghuni KEDAI runcit Cheers di Stesen MRT Choa Chu Kang harus dihukum kerana mereka tidak harus menjual tembakau kepada bawah umur menjual tembakau kepada Orang bawah umur.Saya rasa budak-budak yang bawah umur berani untuk menghisap rokok kerana mereka rasa diri mereka banga terhadap kawan-kawan mereka yang lain.Mereka telah melakukan satu persalah sisi undang-undang.Remaja remaja itu merasakan bahawa meroko boleh menghilangkan tekan dan mereka fikir ia bergaya.Saya rasa bahawa remaja remaja yang menghisap rokok bawah umur selalu mendapat tembakau dari teman temannya.rokok rokok itu kadang kala diseludup masuk ke singapura.Mereka yang menghisap rokok dibelar dari kawan kawan nya.Menghisap rokok terlalu banyak boleh mengancam kesihat mereka.
Mohd RaZiN
BalasPadamSaya rasa para pekedai yang melanggar peraturan ini berani melalukan kerana ramai
orang yang berumur bawah 18 tahun sekarang amat berani untuk mencuba menghisap rokok.
saya rasa mereka ketagihan dengan rokok ini kerana pertama kali mereka menjuba mereka rasa hendak menghisap lagi.Dengan ini para pekedai yang menjual rokok secara haram akan memberi belia belia peluang untuk membeli rokok kerana banyak kedai yang mengikut undang-undang tidak akan menjual kerana ia akan digantung lesen untuk 6 bulan.Saya harap kedai yang didenda tidak akan menjual rokok kepada belia yang berumur 18 tahun ke bawah kerana rokok akan merosakkan kesihatan.