Bincangkan daripada aspek sosial serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada terjebak dalam masalah sedemikian.
HUKUMAN JEL 18 BULAN ATAS LELAKI DALAM KES PENIPUAN LOTERI
SEORANG lelaki Malaysia yang terlibat dalam penipuan loteri menerusi telefon telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan semalam.
Tan Eng Soon, 29 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan membenarkan akaun simpanan Maybank dan United Overseas Bank (UOB) miliknya digunakan rakan sejenayahnya pada Januari tahun lalu.
Dia juga mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia hilang lima buku bank dan kad ATM pada 24 Mac tahun lalu.
Penolong Pendakwa Raya, Encik Kalidass Murugaiyan, memberitahu mahkamah bahawa sejak Julai 2007, sejumlah besar penduduk di Singapura menerima panggilan daripada seorang yang berpura-pura mengadakan tinjauan telefon.
Mangsa kemudian dijemput menghadiri satu majlis. Beberapa hari kemudian, mangsa dimaklumkan bahawa mereka telah memenangi hadiah dalam cabutan bertuah.
Untuk mendapatkan hadiah, mangsa-mangsa perlu membayar yuran pentadbiran ke dalam akaun bank atau menerusi pengiriman wang.
Setelah membuat 'pembayaran', mangsa-mangsa diminta membuat pembayaran lanjut dengan janji mereka akan memperolehi habuan lebih besar.
Menurut pihak pendakwa, seorang mangsa, Cik Ng Ping Ping, 29 tahun, menerima satu panggilan daripada seorang wanita pada 3 Mac tahun lalu dan diberitahu beliau memenangi $60,000 dalam satu cabutan bertuah.
Pemanggil wanita itu berkata sebelum Cik Ng boleh mendapatkan hadiah tersebut, beliau perlu memindahkan $4,810 ke akaun khusus.
Cik Ng menuruti arahan tersebut dan memindahkan wang itu ke dalam akaun UOB milik Tan. Apabila beliau tidak mendengar berita daripada wanita itu, Cik Ng membuat laporan polis.
Seorang lagi mangsa, Cik Karen Lee Siang Lin, 21 tahun, juga diberitahu beliau memenangi jam Omega berharga $70,000 pada 11 Mac lalu.
Untuk mengubah hadiah itu kepada wang tunai sebanyak $64,000, beliau perlu memindahkan $3,820 ke satu akaun khusus sebagai 'insurans pemindahan'. Mangsa memindahkan wang itu kepada akaun Maybank Tan. Dua lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan.
Tan boleh didenda sehingga $500,000 dan/atau dipenjara sehingga tujuh tahun bagi setiap kesalahan. Kerana memberi maklumat palsu, hukumannya ialah penjara sehingga setahun dan/atau denda hingga $5,000.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Penipuan ini sungguh mengecewakan.Duit yang diterima oleh seorang penipu ialah duit yang haram maka ia tidak boleh digunakan untuk makan atau minum.Perkara ini harus dihentikan serta merta. Walaupun sindiket ini telah tertumpas,ada banyak lagi sindiket yang malakukan kerja yang tidak munasabah ini.Duit yang diperolehi selalunya digunakan untuk kerja-kerja mereka yang menipu insan yang tidak berdosa
BalasPadamFatin Hanisah Alkhatib
BalasPadam3E2
Pada pendapat saya,Tan adalah seorang yang bodoh.Dia tidak sepatutnya menipu orang dengan cara ini kerana polis dapat menjejaknya dengan mengunakan akaun simpanan Maybank dan United Overseas Bank (UOB).
Mangsa sepatutnya bersikap berwaspada kerana mereka tidak tahu jika pemanggil itu adalah benar atau hanya penipuan.Mangsa-magsa itu juga mata duitan kerana mereka sanggup keluarkan duit mereka untuk mendapatkan hadiah ataupun duit yang dijanjikan oleh Tan.
Kita harus belajar dari peristiwa ini bahawa kita tidak boleh mempercayai orang yang tidak dikenali dan pemanggil yang menyatakan bahawa kita telah memenangi cabutan bertuah.
Sekian, terima kasih
ulasan yang menarik untuk saya. penipu yang telah menipu warga singapura telahpun dipenjara. saya rasa denda yang dikenakan penipu itu haruslah di tambahkan kerana kelakuannya itu telah menyebabkan orang hilang wang yang boleh dikatakan banyak. dia juga harus dikenakan kounseling supaya dia dapat faham apa perasaan orang yang telah ditipu. warga singapura juga haruslah berhati-hati supaya dapat mengahadapi segala penipuan pada masa hadapan. pihak-pihak bank haruslah bertindak supaya kes ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan, seperti meminta sebab mengapa hendak memindahkan duit ke akaun bank yang lagi satu. pihak polis juga harus melakukan sesuatu, seperti memberitahu warga-warga tua yang senang ditipu tentang penipuan ini supaya tidak ditipu dengan senang. saya harap lebih ramai orang yang dapat membaca ulasan ini supaya dapat tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.
BalasPadamSaya rasa Tan Eng Soon adalah lelaki yang sangat malas dan cuai.
BalasPadammengapa saya kata demikian?
kerana encik Tan Eng Soon boleh mendapat duit dengan cara yang bekerja keras dan yang halal tetapi beliau tetap memilih cara yang senang,cepat dan sungguh haram.
mungkin dia mahu hidup dengan mewah,atau dia mahu menyokong keluarganya yang mungkin sedang berada dalam kesusahan.
Encik Tan Eng Soon cuai kerana dia tidak memikir tentang hukuman jikalau beliau membuat perkara seperti itu.
kami juga tidak boleh menyalahkan orang-orang yang telah ditipu oleh nya.
mereka juga tidak diberitahu dengan ancaman itu.
masyarakat kita tidak harus lagi ditipu.
jikalau anda menerima suatu panggilan oleh orang yang tiada nama ataupun memberi maklumat palsu,laporkan kepada polis dengan segera.
Hakim e2 Laaa
Pada pendapat saya, kelakuan sebergini adalah sesuatu yang amat salah.
BalasPadamPenjenayah ini tidak sepatutunya melakukan perkara sebergini.
Penjenyah ini tahu bahawa perkara yang dilakukan ini adalah di sisi undang-undang.
Kes penipuan sebergini memerlukan pemikaran yang mendalam.
Seseorang itu harus befikir dahulu sebelum beertindak.
Sebab itu, jika menerima panggilan ynag tidak pernah diterima, hendaklah seseorang itu bertindak dengan membuat laporan polis dengan segera atau memberitahu orang yang rapat.
Dalam kes sebergini, Tan Eng Soon amat bersalah dan sepatutnya menerima apa yang telah dilakukannnya.
`Akim Sapari. 3E1. :DD
BalasPadamBukankah ia perkara yang amat bodoh untuk menipu seseorang bahawa dia telah memenangi sebuah cabutan bertuah? Pasti beliau akan tahu jika dia telah ditipu ataupun tidak. Kalau tidak, kedua-duanya bodoh. :D
Pihak Kerajaan patut mengambil prihatin tentang perkara tersebut kerana ia akan mengakibatkan dalam terbitan rompakkan dan pernipuan. Penipu-penipu tersebut berkelakuan seperti begitu kerana mereka tidak berpeluang untuk mencari kerja untuk mampu kehidupan mereka sendiri ataupun untuk keluarga mereka.
Namun, penduduk Singapura patut berprihatin tentang penipuan-penipuan tersebut kerana ia akan mengakibatkan kehilangan beberapa peratus wang yang disimpan ataupun dicapai oleh mereka.
~ siapa yang mahu saya untuk mencetakkan artikel tersebut? :D
“ Offer Open To First Four. “ (:
Muhd. Syafiq 3E2
BalasPadampekara ini tidak sepatutnya berlaku kalau orang-orang boleh berfikir dengan betul. mereka diberi tahu bahawa mereka telah memenangi haidah-haidah.
Pekara ini timbul satu tanda tanya. selalunya siapa yang dikena penipuan ialah orang yang sudah terdesak atau pun mereka perlu kan wang tersebut. tetapi ramai orang yang dikena tidak berfikir dengan betul-betul seperti mereka tidak berbelanja atau pun mengisi form-form cabutan bertuah tetapi mereka mendapt telefon yang mereka telah memengi wang. ini tidak memasukkan akal. langkah-langkah yang boleh diambil ialah untuk ingat apa cabutan bertuah yang orang tersebut telah menyertai dan jika ada orang menelefonnya tanya tentang cabutan bertuah mana dia daripada. dan jika orang itu gagap atau pun memberi tahu mereka dari mana tengok bahawa kamu telah menyerti cabutan bertuah tersebut. atau pun merancang jumpa.
MD HAFIZ BIN ABD RAHMAN 3E1
BalasPadamSaya rasa kelakuan lelaki itu sungguh memalukan nama rakyat malasia.Bagi saya dia tidak patut berbuat sedemikian kerana wang boleh didapatkan dengan cara yang halal seperti bekerja.
Tetapi,dia adalah seorang lelaki yang pandai kerana mengadakan idea yang senang untuk mendapatkan wang tetapi perbuatan itu salah.Dari hukuman yang dia terima,iaitu $500,000 dan/atau dipenjara sehingga tujuh tahun,dia boleh membuat lebih wang dari dia membuat melalui perbuatan ini.
Kesalahan lelaki ini tidak boleh dimaafkan kerana dia telah melibatkan ramai orang untuk membuang wang yang telah dibuat dengan susahpayah dan dia juga menipu pihak polis.Perkara itu sungguh serious dan sepatutnya dihukum lebih lama.
Perbuatan yang dilakukan oleh Tan amat bodoh, pada pendapat saya. Dia membuat penipuan dan punyai tanggapan bahawa dia dapat lari daripada hukuman. Apatah lagi membuat aduan palsu kepada pihak polis. Walaupun dia telah mengaku atas kesalahannya, dia akan dihukum mengikut undang-undang di Singapura.
BalasPadamPerbuatan sebegini seringkali berlaku di sini. Antara sebab-sebabnya ialah kemungkinan, pesalah ini terdesak untuk melakukan jenayah. Mereka telah terpengaruh dengan pesalah yang lain dan bertanggapan mereka dapat elak daripada dihukum. Satu lagi sebab adalah mungkin mereka terlalu asyik berjudi, mereka sanggup berbuat demikian.
Masyarakat boleh membantu dengan cara mengesan tanda-tanda para penjudi. Mereka juga boleh membantu para penjudi yang amat ketagih atas aktiviti kurang sihat ini.
~ Nur Amanina Bt Abd Razak
3e1
Qurratu Aini Bte Bakri
BalasPadam3E1
Pada pendapat saya, mereka yang telah menerima panggilan tersebut harus berfikir dua tiga kali sebelum mengiku arahan tersebut. Panggilan ini berkemungkinan besar adalah satu kepalsuan. Mereka yang menipu ini harus dihukum dengan berat kerana mereka telah menipu ramai orang. Pada mereka yang telah ditipu harus sedar bahawa hadiah yang telah ditawarkan sungguh tidak masuk akal. Pada mangsa-mangsa yang belum membuat laporan haruslah membuat laporan polis supaya mereka akan didenda dengan hukuman yang lebih berat. Penipuan ini telah banyak diadakan dan harus diberhentikan kerana ia akan mengancam ramai orang yang lain. Pada yang lain yang tidak pernah ditipu haruslah bersedia kerana mereka juga akn ditipu.
Md Tirana Bin Md Sufian 3E1
BalasPadamPada pendapat saya,kelakuan encik Tan Eng Soon itu adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dimaafkan.dia telah menipu ramai orang untuk mendapat duit yang senang dan membohong kepada polis tentang dia hilang lima buku bank and kad ATM.
Encik Tan Eng Soon pandai kerana dia boleh menipu kepada orang dan pihak polis untuk mendapat duit sebanyak 8 ribu dolar.Perkara ini,walaupun pandai,adalah sesuatu yang salah kerana dia boleh mendapat duit dengan cara yang halal seperti bekerja.
Hukuman untuk Encik Tan Eng Soon tentang perkara menipu ini adalah $500,000 dan/atau dipenjara sehingga tujuh tahun bagi setiap kesalahan.Kerana memberi hukuman yang palsu,hukumannya ialah penjara sehingga setahun dan/atau denda hingga $5,000.
Zulhilmi 3E2
BalasPadamPenipuan loteri adalah salah.Terdapat banyak orang ditipu duit mereka.Ia menujukkan mereka akan percaya apa sahaja yang diberitahu.Aktiviti ini harus diberhentikan kerana ia menipu orang yang tua dan bodoh.Apabila beliau diberitahu menang loteri,mereka tetap mendapatkan hadiahnya walaupun harus bayar diut kepada orang lain.Mereka tidak tahu mereka ditipu.Ia membuang duit mereka.Mereka berasa kecil hati apabila mereka membazir duit yang mereka dapat apabila berkerja dengan rajin.Pada pendapat saya,saya harap orang akan tahu mereka ditipu.Hukumanya ialah penjara atau denda hingga $5,000.Menipu loteri boleh mendapat banyak diut tetapi hukumannya lebih besar.
Melalui artikel tersebut, kes-kes penipuan tersebut sememangnya banyak berleluasa pada masa kini.Terdapat banyak cara-cara penipuan yang dugunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya melalui teknologi-teknologi perhubungan yang sedia ada kini.
BalasPadamAkibat penipuan-penipuan tersebut, ramai orang yang telah mengalami masalah kekurangan wang. Ini juga mungkin akan membawa masalah keangguran terutamanya pada krisis ekonomi kini yang menyebabkan ramai orang dibuang kerja. Masalah ini menjadi lebih teruk lagi apabila mereka melaburkan wang mereka untuk skim-skim tersebut yang merupakan penipuan yang besar.
Masalah-masalah ini boleh dicegahkan atau dikurangkan dengan mengambil langkah-langkah yang perlu. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan melebihkan lagi penijauan melalui kerjasama pihak media massa. Pihak berkuasa boleh mengesan penipu-penipu yang ada dalam kalangan masyarakat melalui cara tersebut.
Selain itu, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen kesedaran untuk rakyat. Kesimpulannya, kita haruslah pandai menbuat keputusan sekiranya menghadapi apa-apa tawaran yang diadakan.
Artikel ini membincangkan tentang bahayanya orang-orang seperti Cik Ng dan Cik Karen yang telah mempercayai bahawa mereka telah memenangi hadiah bertuah. Mereka telah dipengaruhi oleh kata-kata orang-orang yang tidak diketahui mereka. Mereka harus berfikir tentang sikap sosial dan sebagainya sebelum bertindak. Jika berlaku kejadian seperti ini, mereka harus membuat laporan polis kerana mereka akan ditipu terus-terusan. Kes seperti ini harus dijaga berhati-hati.
BalasPadam~ Norsilah Bte Anuar 3e2
Azam 3E2 (14)
BalasPadamOrang-orang yang berjudi adalah orang yang bodoh kerana mereka akan membuang masa berjudi dan membazir wang.Orang yang mebuat tipuan loteri harus dihukum kerana mereka sudah mengambil wang orang.Orang-orang yang ditipu itu patut lebih berwaspada supaya mereka tidak ditipu lagi.Mereka tidak boleh terlalu percaya dalam cabutan bertuah kerana mereka boleh tipu anda.Jadi jangan menjudi jika tidak mahu di tipu.
Mohd Nashrulhaq(NasBregas) 3e1:
BalasPadamSaya belajar banyak daripada rencana ini. Orang-orang yang berjudi adalah bodoh kerana dia membazir masa dan wangnya. Orang yang telibat dalam kes penipuan loteri ini, sudah bagus hukuman semacam itu. Saya berasa marah kepada orang seperti itu kerana mereka boleh dapat wang sendiri tetapi terlalu malas. Ada juga banyak orang yang membuat penipuan loteri ini kerana perkerjaan mereka tak begitu baik. Kadang-kadang mereka dalam keadaan susah dan akan buat apa sahaja untuk dapat wang. Namun, mereka melakukan pekara yang syirik dan jahat seperti mencuri dan penipuan ini. Saya berharap orang yang melakukan pekara ini akan berhenti.
Pada pendapat saya, Tan memang patut dipenjarakan. Bukan sahaja dia menipu penduduk di Singapura tetapi dia juga sanggup membuat adunan palsu kepada polis.
BalasPadamKelakuannya yang kurang berakal ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada dirinya sendiri. Mangsa-mangsa juga tidak patut mematuhi kata-katanya. Apatahlagi jika mereka tidak kenal akan Tan yang menelefon itu.
Kita harus lebih prihatin dan tidak harus membuat apa-apa bayaran jika kita tidak kenal akan seseorang itu. Kita harus terus membuat adunan kepada polis.
Muhd.Zamir 3A1
BalasPadamSAO GONCALO (BRAZIL)
Di Condal Carnival itu menjual topeng 30000 topeng setahun. Dalam 5 minggu menjual 5000 topeng Barack Obama .Mereka yang menbeli topeng Barack Obama adalah peminat Barack Obama.Pada pendapat saya,Barack Obama boleh mencapai kejayaan asalkan mempunyai perangai yang tidak berputus asa ,tidak kira warna kulit. Barack Obama adalah Presiden Amerika dan dia adalah orang yang berkulit hitam. Ini menunjukkan bahawa mereka percaya Barack Obama boleh membawa untung kepada negeri mereka. Lebih baik jika seluruh Amerika Syarikat saling menyokong Barack Obama supaya negeri mereka akan lebih maju.
49 rangka manusia
MEXICO CITY (Mexico):
Pada pendapat saya, ia adalah satu misteri kenapa 49 rangka tubuh manusia ditemui dalam keadaan berbaring dengan lengan mereka diletakkan secara berpangkah di atas dada masing-masing.Mayat-mayat itu telah mati atau mereka adalah pengorbanan Kita boleh belajar tentang kehidupan zaman Aztec dan mungkin dapat menemukan sesuatu yang baru.
24 tahun
SAN JOSE (Costa Rica):
Saya adalah peminat number satu Jeremy Lusk.Pada pendapat saya,
Atlit motocross adalah sangat berani.Mereka tahu kalau mereka membuat satu kesalahan mereka akan mati. Perkara ini telah berlaku ke Jeremy Lusk. Jeremy Lusk, atlit motorcross dari Amerika Syarikat, meninggal dunia minggu lalu selepas tiga hari berada dalam keadaan koma di hospital.Dia mengalami kerosakan otak dan kecederaan kepada tulang sarafnya apabila jatuh tersembam ke tanah. Dia sedang melakukan sebuah lompatan 'back-flip' semasa berada lebih 30 meter di udara apabila kemalangan itu berlaku.Saya berasa sangat sedih. Lebih aspek keselamatan juga perlulah diambil dalam sukan ini.
Muhd.Zamir 3A1
BalasPadamSAO GONCALO (BRAZIL)
Di Condal Carnival itu menjual topeng 30000 topeng setahun. Dalam 5 minggu menjual 5000 topeng Barack Obama .Mereka yang menbeli topeng Barack Obama adalah peminat Barack Obama.Pada pendapat saya,Barack Obama boleh mencapai kejayaan asalkan mempunyai perangai yang tidak berputus asa ,tidak kira warna kulit. Barack Obama adalah Presiden Amerika dan dia adalah orang yang berkulit hitam. Ini menunjukkan bahawa mereka percaya Barack Obama boleh membawa untung kepada negeri mereka. Lebih baik jika seluruh Amerika Syarikat saling menyokong Barack Obama supaya negeri mereka akan lebih maju.
49 rangka manusia
MEXICO CITY (Mexico):
Pada pendapat saya, ia adalah satu misteri kenapa 49 rangka tubuh manusia ditemui dalam keadaan berbaring dengan lengan mereka diletakkan secara berpangkah di atas dada masing-masing.Mayat-mayat itu telah mati atau mereka adalah pengorbanan Kita boleh belajar tentang kehidupan zaman Aztec dan mungkin dapat menemukan sesuatu yang baru.
24 tahun
SAN JOSE (Costa Rica):
Saya adalah peminat number satu Jeremy Lusk.Pada pendapat saya,
Atlit motocross adalah sangat berani.Mereka tahu kalau mereka membuat satu kesalahan mereka akan mati. Perkara ini telah berlaku ke Jeremy Lusk. Jeremy Lusk, atlit motorcross dari Amerika Syarikat, meninggal dunia minggu lalu selepas tiga hari berada dalam keadaan koma di hospital.Dia mengalami kerosakan otak dan kecederaan kepada tulang sarafnya apabila jatuh tersembam ke tanah. Dia sedang melakukan sebuah lompatan 'back-flip' semasa berada lebih 30 meter di udara apabila kemalangan itu berlaku.Saya berasa sangat sedih. Lebih aspek keselamatan juga perlulah diambil dalam sukan ini.