Para pelajar diharap membaca dengan teliti. Kenal pasti punca persoalan dan kemukakan kritikan/pendapat/penilaian kamu di ruangan ulasan.
DIJEL 3 TAHUN GARA-GARA JADIKAN FLAT TEMPAT AMBIL DADAH
SEORANG lelaki yang dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tahun lalu setelah kesnya 17 tahun lalu dibicarakan semula, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah - dan kali ini dengan kesalahan baru berkaitan dadah.
Yunani Abdul Hamid, 34 tahun, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setelah didakwa membenarkan orang lain menggunakan flatnya di Bukit Panjang untuk mengambil dadah dan Ecstasy pada November lalu.
Awal daripada itu iaitu pada April tahun lalu, Yunani dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah setelah kesnya dibicarakan selama lapan hari atas tuduhan mengedar dadah pada 1992.
Kesnya dibicarakan semula atas arahan Hakim Rayuan V. K. Rajah yang melahirkan rasa ragunya tentang kesalahan Yunani apabila dia membuat rayuan ke atas hukuman selama sembilan tahun penjara dan enam sebatan yang dijatuhkan ke atasnya pada November 2007.
Dalam kes terbaru semalam, mahkamah diberitahu bahawa pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) mengikuti rakan Yunani, Misran Jumaat, 30 tahun, ke flat Yunani di Lompang Road pada 7 November lalu.
Para pegawai CNB menyerbu flat tersebut dan memberkas beberapa penagih dadah di dalam flat itu. Mereka turut memecah masuk bilik yang terkunci dan menemui Yunani, Misran and dua lagi lelaki bersama-sama dengan dadah. Misran dilihat membuang sesuatu ke arah tingkap bilik.
Barang yang dibuang itu ditemui di tempat permainan kanak-kanak. Misran kemudian mengaku bahawa dia membuang dadah miliknya itu.
Yunani dan tujuh lagi suspek termasuk tunangnya, Rohani Tompang, 38 tahun, dibawa ke CNB untuk menjalani ujian air kencing. Ujian air kencing mendapati kesemuanya positif mengambil dadah. Misran kini dipenjara tujuh tahun dan dikenakan 10 sebatan bagi kesalahan mengedar dadah dan kesalahan lain berkaitan dadah. Yang lain pula di hantar ke pusat pemulihan dadah.
Yunani turut merayu kepada Hakim Daerah, Cik Hamidah Ibrahim, agar dia dikenakan hukuman yang ringan kerana dia perlu menjaga dua orang anak dan ibunya yang sakit.
Yunani boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan/atau didenda sehingga $40,000 kerana membenarkan rumahnya digunakan untuk menghisap dadah.
Bagi kesalahan menghisap dadah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan/atau didenda sehingga $20,000.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya tidak sangka bahawa ada juga orang yang masih menghisap dadah pada umur 30+ tahun apabila dia sepatutnya memikir tentang keluarganya dan juga kehidupan sosial,mungkin dia mula menagih dada kerana dia mempunyai masalah di rumah dan kurang sokongan moral ataupun dia memikir tentang cara yang cepat mendapatkan duit tanpa mengambil tahu tentang risiko-risiko terhadapnya.
BalasPadamtidakkah Yunani sedar bahawa dadah boleh menjejas kesihatannya dan juga hidupnya di dalam masyarakat seperti di singapura ini?
adakah dadah itu cara yang terbaik untuk menunjukkan statusnya di masyarakat?
bagaimanapun saya tetap bersimpati terhadap ibunya yang kurang sihat dan juga anaknya itu.
Hakim - 3e2
Bincang dari aspek sosial - mengapa dan bagaimana.
BalasPadamYunani dan rakannya mungkin ada masalah keluarga dan sosial dan telah mengambil dadah untuk melari dari masalah mereka untuk sementara. Mereka juga akan menjejas keluarga , rakan dan masyarakat mereka. Keluarga mereka akan terjejas kerana Yunani dan rakan rakannya mingkin salah satu mencari wang dalam keluarga mereka. Rakan mereka juga akan mula mengelekkan diri dari mereka kerana telah menjadi penjenayah. Masyarakat akan pandang rendah akan mereka dan akan menjadi sampah masyarakat dan dipandang rendah. Mereka juga akan susah mendapat kerja kerana employer mereka tidak percaya akan penjenayah. JANGAN MENGAMBIL DADAH!
BalasPadam-DANIAL IMAN PUTRA-
Fadly (3e1)….
BalasPadamPada pendapat saya, Yunani Abdul Hamid tidak ada asas moral yang baik. Dia juga mungkin tidak memilih kawan dengan baik. Adakah masyarakat melayu di Singapura dipengaruhi oleh gaya orang barat, seperti gangster-gangster, anak luar nikah dan sebagainya. Saya percaya bahawa penagih dadah selalunya diperaruhi daripada kawan-kawan mereka. Moviefilm dari barat yang menunjukkan aktivity mengambil dadah, mungkin adalah satu sebab kenaikkan dalam pengih dadah. Pada pendapat saya, hukuman yang diberi itu tidak mencukupi. Mengambil dadah adalah satu perbuatan yang amat bodoh. Saya pun rasa, mengambil dadah adalah seperti mengambil masa depan sendiri dan tidak mendapat faedah daripadanya.
Pada pendapat saya, dadah ialah sesuatu yang membawa maut dan perlulah dihindari oleh masyarakat.Namun begitu, dadah semakin berleluasa dari masa ke masa dan tindakan haruslah diambil segera.Terdapat banyak punca dan juga kesan daripada penagihan dadah.
BalasPadamPengambilan dadah akan menyebabkan seseorang hilang harga dirinya.Kebanyakan penagih dadah mulai mengambil dadah atas beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah pengaruh rakan sebaya, tekanan stres yang berlebihan atau perasaan ingin cuba.Oleh itu, pengurusan diri merupakan asas untuk menghindarikan diri kita daripada dadah. Penagih dadah juga akan dipandang sebagai sampah masyarakat. Oleh itu, kita perlu menjauhi diri kita daripada dadah untuk menjaga maruah diri kita dan juga keluarga kita dan ini bagaikan seekor lembu membawa lumpur, semua terpalit.
Dadah juga membawakan banyak masalah kesihatan. Penagih dadah akan biasanya kelihatan seperti cicak kudin and juga lemah. Di samping itu, penagih dadah juga biasanya mempunyai sistem immmunisasi badan yang lemah dan dan banyak dijangkiti penyakit. Penaigh dadah juga munkin akan membawa kepada penyakit AIDS yang sehingga kini tidak mempunyai penawar apabila mereka kongsi jarum suntikan dadah.
Kesimpulannya, dadah ialah musuh terbesar di dunia kita dan kita haruslah berganding bahu untuk membanteraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kita mestilah bekerjasama dan bukannya mengharapkan pihak pihak tertentu sahaja dalam proses mencegah dadah bak kata pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh".
Setelah membaca rencana ini, saya merasakan bahawa Encik Yunani ini tidak sedar bahawa dengan mengambil dadah, ia akan merosakkan dirinya dalam segi kesihatan dan mental. Pada pendapat saya, walaupun seseorang itu mengahadapi masalah, dia tidak sepatutnya memilih untuk mengambil dadah kerana ia akan mengakibatkan masalah yang lebih besar.Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Bukan sahaja dadah itu membuat seorang itu ketagih, tetapi ia juga akan menyebabkan seseorang itu untuk kehilangan akal fikiran dan kemungkinan besar bahawa mereka juga akan kehilangan ahli keluarga mereka sendiri. Keputusan mereka itu menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan diri sendiri dan tidak mempertimbangkan perasaan ahli keluarga mereka itu.
BalasPadamAzlin (3E2)
'Akim Sapari ; 3E1 :
BalasPadamPendapat saya pada petikan yang tersebut? Hmmmm.
- Penagih dadah tiada kehidupan kerana mereka tiada pekerjaan lain yang bleh dilakukan. Mereka juga tidak begitu sihat kerana penagihan dadah akan menjejas organ-organ. Ini akan mengakibatkan kemautan.
Dadah-dadah yang telah dicipta adalah untuk menolong orang yang meghidapi penyakit. Tetapi. ada juga orang yang mengambil kesempatan bagi menagih dadah supaya dapat "melepaskan masalah" mereka sendiri.
Masyarakat melayu asyik dipengaruhi oleh gaya orang barat. Penagih-penagih dadah juga mengakibatkan keluarganya untuk menerima pendapat yang negatif oleh teman-teman mereka. Penagihan dadah merosakkan badan. Biasanya, penagih dadah selalunya dipengaruhi oleh teman-teman mereka.
Apabila dadah telah memasuki sistem badan , ia akan mengakibatkan penagih itu untuk ditelagih kepadanya. Ini mengakibatkan mereka untuk menjadi penagih dadah. Mereka biasanya tidak memikirkan tentang lain kecuali tentang dadah. Semakin ramai mengambil dadah kerana :
1)ia telah dijual kepada mereka secara haram ;
2)mereka telah dipenagruhi oleh teman-teman mereka.
3)mereka juga mungkin dipengaruhi oleh ibubapa mereka yang juga menagih dadah.
Ini amat mengecewakan kerana jika anak mereka ternampak mereka menagih dadah, ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah ibubapa yang baik.
[ saya tidak mengira berapa banyak perkataan ]
Md Hafiz Bin Abd Rahman 3E1
BalasPadamULASAN:
Artikel ini menunjukkan saya bahawa masyarakat melayutelah menjadi lebih terdedah kepada dadah.Encik Yunani Abd Hamid adalah seseorang kaum melayu yang mengambil dadah dan juga menjemput rakan-rakannya ke rumah.Bagi saya,perbuatan tersebut menunjukkan bahawa Encik Yunani adalah seorang lelaki yang sudah hilang fikirannya setelah mengambil terlampau banyak dadah.Dadah adalah sesuatu yang boleh membuat minda seseorang itu semangkin lemah.Ramai remaje zaman sekarang semakin terpengaruh dengan dadah kerana munkin untuk mereka dadah adalah sesuatu yang boleh menghilangkan stress tetapi mereka silap kerana dadah akan membuat mereka lebih bodoh.Dari mengambil dadah,banyak lagi pekara-pekara buruk yang boleh puncul seperti berzina kerana terlampau mabuk dan lain-lain lagi.Saya rasa bahawa ornag yang mengambil dadah ini harus pikir tentang keluarganya.Keluargamya akan kesesatan wang perbelanjaan kerana mungkin si penagih itu mengunakan semua wang gajinya dan tidak memberinya kepada keluarganya dan mungkin anak-anaknya akan mengikut sikap tidak guna itu.Saya rasa pemerintah harus melebihkan hukuman dadah supaya si penagih ini semua akan berasa serik dan menghilangkan ketagehan kepada dadah.
Pada pendapat saya, dadah ialah sesuatu yang membawa maut dan perlulah dihindari oleh masyarakat.Namun begitu, dadah semakin berleluasa dari masa ke masa dan tindakan haruslah diambil segera.Terdapat banyak punca dan juga kesan daripada penagihan dadah.
BalasPadamPengambilan dadah akan menyebabkan seseorang hilang harga dirinya.Kebanyakan penagih dadah mulai mengambil dadah atas beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah pengaruh rakan sebaya, tekanan stres yang berlebihan atau perasaan ingin cuba.Oleh itu, pengurusan diri merupakan asas untuk menghindarikan diri kita daripada dadah. Penagih dadah juga akan dipandang sebagai sampah masyarakat. Oleh itu, kita perlu menjauhi diri kita daripada dadah untuk menjaga maruah diri kita dan juga keluarga kita dan ini bagaikan seekor lembu membawa lumpur, semua terpalit.
Dadah juga membawakan banyak masalah kesihatan. Penagih dadah akan biasanya kelihatan seperti cicak kudin and juga lemah. Di samping itu, penagih dadah juga biasanya mempunyai sistem immmunisasi badan yang lemah dan dan banyak dijangkiti penyakit. Penaigh dadah juga munkin akan membawa kepada penyakit AIDS yang sehingga kini tidak mempunyai penawar apabila mereka kongsi jarum suntikan dadah.
Kesimpulannya, dadah ialah musuh terbesar di dunia kita dan kita haruslah berganding bahu untuk membanteraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kita mestilah bekerjasama dan bukannya mengharapkan pihak pihak tertentu sahaja dalam proses mencegah dadah bak kata pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh".
-Mun Ho
Setelah membaca rencana yang dipaparkan, saya disedarkan bahawa penagih dadah di antara kita masih lagi belum insaf dan terjebak dalam kegiatan berkaitan dengan dadah. Walaupun Yunani pernah didakwa atas tuduhan yang berkenaan dengan dadah 17 tahun yang lalu, kesnya masih lagi diketengahkan di mahkamah atas tuduhan yang baru. Ia menunjukkan bahawa penagih dadah akan mengulangi kegiatannya itu jika tidak diawasi dengan ketat. Sekaligus, dengan cara menggunakan kediamannya untuk menjadi tebuan dadah, dia telah memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mendekatkan diri dengan kegiatan dadah. Dengan cara ini juga, dia telah menarik perhatian generasi muda untuk merosakkan diri mereka sendiri. Tidakkah dia sedar bahawa dengan secara tidak langsung, dia telah menjatuhkan prestasi dan maruah masyarakatnya sendiri?
BalasPadam~ Nur Amanina Bt Abd Razak, 3e1
Mohd Nashrulhaq(3e1):
BalasPadamRencana ini menunjukkan yang ramai orang remaja senang dipengaruhi. Apabila mereka dipengaruhi, tetap adik-beradiknya akan mengikut mereka. Remaja lain juga akan ikut mereka dan kalau boleh dikatakan, kebanyakan masalah ini berlaku antara kepada remaja melayu. Pada pendapat saya, kalau orang mengambil dadah, ia akan membuat keluarga mereka susah. Ada banyak kes apabila mengambil dadah, mereka akan dapat AIDS. Saya berasa yang jika orang yang mengambil dadah ditangkap, hukuman mesti besar untuk mereka mempelajari daripada kesalahan kerana ada ramai orang yang tidak belajar dari kesalahan dan melakukan lagi. Orang yang mengambil dadah ialah bodoh kerana mereka tidak menyedar dengan semua masalah yang akan timbul apabila mengambil dadah. Saya berdoa dan harapkan semua orang yang mengambil dadah akan sedar diri dan berhenti. Saya juga harapkan yang tidak ada orang lain yang mengambil dadah.
MUhammad Ridzwan BIn KAtErman. 3e1.
BalasPadamULasan: Artikel ini menunjukkan saya bahawa masyarakat melayu kini menjadi lebih terdedah kepada pengambilan dadah.. Pada pendapat saya, mengadih dadah adalah satu kesan yang negatif kerana ia menyebabkan keruntuhan dari pelbagai aspek. Pertama kali, ia melanggar undang-undang negara. Jika mereka diberkas, mereka patut menerima hukuman yang berat supaya mereka dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah mereka lakukan. Kedua, ia menjejas kesihatan kita. Dengan mengambil dadah juga, ia banyak menggunakan perbelanjaan yang besar. Ia lebih membawa keburukan daripda kebaikan pada diri sendiri. Ia juga akan menjatuhkan nama keluarga itu. Mungkin lelaki yang dihukum itu sedang menghadapi kemerosotan wang lalu beliau ingin mencari wang dengan cara yang senang untuk menyara kehidupan keluarganya. Dengan mengambil langkah yang mudah ini, dia telah merosakkan kehidupannya sendiri dengan secara tidak langsung.
Pendapat saya terhadap artikel ini adalah artikel ini akan sangat membantu masyarakat untuk menyadarkan diri bahawa dadah adalah sesuatu barang yang sangat berbahaya dan akan menjadi sangat susah untuk berhenti menkonsumsinya setelah kamu menjadi ketagihan kepadanya. Tetapi pada jaman sekarang sangat banyak remaja-remaja yang mengkonsumsi dadah, dan menjadikannya sebagai sesuatu yang membuat mereka merasa puas dan untuk menghilangkan rasa stress mereka. Dan ini menyebabkan kehancuran masa depan mereka, dan juga akan membuat mereka kehilangan rasa harapan pada masa depan mereka kerana mereka harus bertanggung pada dadah sebagai obat mereka sehari-hari.
BalasPadamJadi kita semua haruslah berusaha untuk menhapus dadah dalam dunia ini, dan juga memberikan bantuan sepenuhnya kepada yang berpihak untuk menangkap pengedar dadah.
Artikel ini menyedarkan kita tentang pentingnya untuk kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kini, jumlah penagih dadah makin meningkat. Pada pendapat saya, masyarakat harus meningkatkan hukuman yang berat lagi. Terdapat beberapa faktor yang akan terjejas. Sepertinya, orang-orang yang menagih dadah akan kehilangan fikirannya. Dari situ, kesihatannya tidak akan begitu baik. Dadah memakan banyak duit mereka. Masalah kewangan keluarga boleh terjejas. Mereka juga tiada sikap bermoral. Jadi, dari situ, orang-orang harus berwaspada, lagi-lagi remaja kini kerana merekalah orang-orang yang senang didedahkan pada perkara seperti ini.
BalasPadam- Norsilah 3e2
Aliff Aqid Bin Sazali
BalasPadamUlasan: Masalah dadah ini sangat serius. Nombor penagih dadah sedang menaik di Singapura. Artikel ini menunjukkan satu contoh bahawa ia sangat mudah untuk mendapati dadah. Apa yang boleh dibuat di sekolah ialah untuk mengajar murid-murid sekolah bahayanya mengambil dadah. Meraka harus tahu yang kesihatan mereka akan terjejas daripada mengambil dadah. Ia hanya merugikan kita dari segi wang, kesihatan dan bermacam-macam aspek social. Kalau Singapura mula mengambil berat dalam masalah ini, masa depan akan lebih mudah untuk semua orang.
Tidakkah terlintas di fikiran Yunani tentang kesusahan yang dilanda keluarganya kerana ketagihannya? Yunani telah melakukan perbuatan yang salah. Hukuman yang dijatuhkan terhadap Yunani tidak wajar. Yunani telah megizinkan kawan-kawannya untuk menggunakan rumahnya sebagai sarang dadah. Ia sama seperti menghasut dan mendorong mereka untuk lebih ketagih kepada dadah. Hakim patut meningkatkan tempoh penjaranya dan sebatan. Serta itu, mendaftarkannya ke kaunseling.
BalasPadamPenggunaan dadah tidak membawa kebaikan dunia ataupun akhirat. Ia hanya memburukkan nama seseorang dan keluarga. Kesihatan juga akan terjejas.
Bagaimana caranya untuk menghalang penggunaan dadah?
Pada pendapat saya, keluarga patut memberi perhatian kepada setiap ahli keluarganya. Mereka patut mengajar mereka tentang keburukkan dadah semasa seseorang itu sedang kecil. Memang tidak boleh dinafikan bahawa pengedaran dadah boleh dititikkan.
Akhir sekali, saya ingin mengharapkan kepada setiap ibu-bapa agar diberi perhatian kepada anak-anak mereka. Tanpa kasih-sayang, tidak ada kesedaran.
Nuratifah Bte Ahmad.
Pendapat saya terhadap artikel ini adalah artikel ini akan sangat membantu masyarakat untuk menyadarkan diri bahawa dadah adalah sesuatu barang yang sangat berbahaya dan akan menjadi sangat susah untuk berhenti menkonsumsinya setelah kamu menjadi ketagihan kepadanya. Tetapi pada jaman sekarang sangat banyak remaja-remaja yang mengkonsumsi dadah, dan menjadikannya sebagai sesuatu yang membuat mereka merasa puas dan untuk menghilangkan rasa stress mereka. Dan ini menyebabkan kehancuran masa depan mereka, dan juga akan membuat mereka kehilangan rasa harapan pada masa depan mereka kerana mereka harus bertanggung pada dadah sebagai obat mereka sehari-hari.
BalasPadamJadi kita semua haruslah berusaha untuk menhapus dadah dalam dunia ini, dan juga memberikan bantuan sepenuhnya kepada yang berpihak untuk menangkap pengedar dadah.
Mohd Tirana Bin Mohd Sufian
BalasPadamUlasan: Artikel ini menceritakan tentang masalah ambil dadah yang sangat serius pada masa kini di Singapura.Nombor-nombor penagih dadah semakin meningkat kerana ramai orang stress dengan masalah ekonomik hari ini dan dadah senang didapati daripada orang yang membawa masuk dadah dari negeri lain seperti Johor ke Singapura dengan secara senyap.Umur penagih dadah semakin muda hingga remaja yang umur tujuh-belas tahun boleh mengambil dan mengedar dadah kepada kawan-kawannya dan penagih dadah yang lain.Penagih dadah patut mengambil berat tentang kesihatan mereka kerana dadah ini boleh menyakitkan diri mereka sendiri dan membawa penyakit yang baru kepada masyarakat.Kalau Singapura mula mengambil berat dalam masalah dadah ini,kehidupan masyarakat akan lebih mulia.
Qurratu Aini Bte Bakri
BalasPadam3E1
Artikel ini menyatakan tentang seorang warga Singapura yang berbangsa melayu yang mengedar dan juga mengambil dadah dan perkara ini memalukan masyarakat melayu terutama sekali keluarga penjenayah tersebut. Hukuman harus diberatkan kerana, Yunani Abdul Hamid masih belum mahu berhenti mengedar dadah walaupun pernah ditangkap dan dia mungkin akan melakukannya lagi jika hukuman yang akan diberikan tidak terlalu berat untuknya.Pada pendapat saya, masyarakat melayu zaman sekarang sudah lebih pandai berjinak-jinak dengan dadah kerana dadah boleh didapati dengan mudah sekali. Tentang keluarga penjenayah bukanlah satu masalah yang besar ke
rana mereka boleh meminta tolong daripada sanak-saudara mereka yang lain.
Fatin Hanisah Alkhatib Bte Mohd Fahmi
BalasPadam3E2
Artikel ini membabitkan masyarakat melayu.
Pada zaman ini, masyarakat melayu terdedah kepada dadah.Ubat yang diguna untuk pesakit juga telah di salah guna oleh penagih dadah.
Walaupun dadah susah nak didapati di Singapura, itu tidak menghalang penagih dadah untuk mengabil dadah kerana mereka akan membuat apa-apa untuk mendapat dadah.
Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Pada pendapat saya, pengedar dadah merosakkan nama bangsa dan masyarakat mereka sendiri. Mereka juga merosakkan masa hadapan mereka dan penagih dadah yang lain. Walaupun dadah itu bahaya untuk kesihatan mereka, mereka tidak kisah. Mungkin mereka mengambil dadah kerana masalah di rumah atau di tempat kerja. Mengambil dadah bukan cara untuk menghapuskan masalah malah menambah masalah mereka.Keluarga mereka juga harus memberi sokongan dari segi fizikal dan mental.Dari artikel ini remaja dapat pelajari bahawa dadah itu akan merosakkan masa hadapan mereka.Saya harap remaja masa kini tidak akan mengikut langkah penagih dadah
Pendapat saya terhadap artikel ini adalah artikel ini akan sangat membantu masyarakat untuk menyadarkan diri bahawa dadah adalah sesuatu barang yang sangat berbahaya dan akan menjadi sangat susah untuk berhenti menkonsumsinya setelah kamu menjadi ketagihan kepadanya. Tetapi pada jaman sekarang sangat banyak remaja-remaja yang mengkonsumsi dadah, dan menjadikannya sebagai sesuatu yang membuat mereka merasa puas dan untuk menghilangkan rasa stress mereka. Dan ini menyebabkan kehancuran masa depan mereka, dan juga akan membuat mereka kehilangan rasa harapan pada masa depan mereka kerana mereka harus bertanggung pada dadah sebagai obat mereka sehari-hari.
BalasPadamJadi kita semua haruslah berusaha untuk menhapus dadah dalam dunia ini, dan juga memberikan bantuan sepenuhnya kepada yang berpihak untuk menangkap pengedar dadah.
~WILLIM~
Muhammad Syafiq.
BalasPadam3E2.
Artical ini menimbulkan satu tanda tanya bahawa masyarrakat melayu sekarang terbuka pada penangih dadah. Ini menunjukkan bahawa pada usia yang suadh lanjut dan penjenayah tersebut tidak ada pekerjaan yg stabil untuk menangunng keluargan. Tidakkan nya sepatutnya berfikir panjang untuk masa depannya dah juga anak-anaknya. Dadah tentunya pemikiran penaggih itu tidak akan boleh berfikir dengan waras lagi.
Dadah terbawa di negeri barat dan orang-orang asia terikut kepadanya. Mungkin mereka merasakan dengan mengambil dadah mereka berkongsi satu identiti. Ini semua akan menunjukkan perhubungan antara mereka dengan ibubapa nya dan juga perbimbingan anak tersebut.
Seseorang itu mengambil dadah mungkin kerana meraka selalu ditindas oleh sesiapa dan juga mungkin mereak terikut apa yg dibuat oleh orang tua mereka di rumah.
Mungkin hakim makamah boleh meningkat kan hukuman-hukuman dan memberi lebih sebatan rontan. Penjara-penjara ini sering tidak takut bila dijel tetapi takut bila dikena sebatan rotan.
Suhaila 3e2: Rencana ini telah mengajar saya tentang kesan negatif apabila seseorang itu mengambil dadah. Mengambil dadah adalah sebuah perkara yang dilarang di sisi undang-undang di Singapura. Ia juga akan menjejas kesihatan seseorang penagih itu. Encik Yunani seharusnya berhenti mengambil dadah setelah dia pernah diberkas dahulu. Namun, dia tidak mengambil kesempatan itu untuk berubah. Malah sebaliknya, dia terus terjerumus dan tidak cuba untuk berhenti, mengambil dadah. Dia juga tidak seharusnya membiarkan tempat kediamannya menjadi sarang dadah. Penagih penagih itu sepatutnya menjaga perasaan orang-orang yang menyayangi mereka.
BalasPadamMuhammad Zulhilmi Bin Miswan
BalasPadam(3E2)
Rencana ini menunjukkan ia senang untuk banyak remaja mengambil dedah jika dipengaruhi.Banyak remaja akan ikut mereka yang mengambil dadah.Jika mereka ditangkap mengambil dadah,mereka akan belajar daripada kesalahan mereka kerana keluarga akan berasa sedih dan mejatuhkan nama keluarga mereka.Jika mereka menghisap dadah,mereka harus masuki penjara selama sepuluh tahun atau didenda sehingga dua puluh ribu dollar.Pada pendapatan saya,remaja harus jangan mengambil dadah.
Shafiqa Binte Abdul Wahab
BalasPadam3E1
Artikel ini menyedarkan saya tentang meningkatnya mengedar dadah. Perkara ini sering didengar terutama sekali dalam golongan masyarakat Melayu.
Mungkin mereka menghadapi masalah kekeluargaan dan tekanan yang membuat mereka terpengaruh untuk mengambil dadah. Masalah kewangan juga boleh menjadi satu sebabnya. Dengan menyedarkan dadah, mereka boleh mendapat pendapatan. Tetapi malangnya, wang yang mereka terima itu haram.
Perbuatan buruk mereka ini memberi masyarakat imej yang salah bukan pada diri mereka sahaja tetapi pada masyarakat Melayu dan yang lain.
Mengambil dadah juga boleh memburukkan kesihatan. Ada juga orang yang meninggal kerana berlebihan mengambil dadah. Tubuh mereka boleh menjadi terlalu lemah sehingga membawa maut.
Penyedaran dadah harap dikurangkan pada masa yang akan datang.
Woh.. amat menyeranmkan..
BalasPadamYunani sangat bodoh, menjadikan rumahnya sarang mengambil dadah..
Sepuluh tahun hidupnya dibazir dengan secara begitu sahaja..
Yunani mungkin tidak mendapat sokongan moral daripada ahli-ahli keluarganya..
Jika Yunani tidak ada duit, dia akan mencuri untuk teruskan mengambil dadah..
Penjenayah akan berhidup susah selepas dilepaskan daripada penjara..
Akan susah mencari kerja,kerana ada rekod jenayah..
Saya tidak tahu mengapa orang mengambil dadah.. Amat BAHALUL..
Sekian,
-Muhd Farhan Syah
Nisa Nurdini Bte Johar
BalasPadam3E1(:
Artikel yang membincangkan mengenai masalah dadah yang kini melarut di dalam masyarakat terutama kali di kalangan orang Melayu telah menyedarkan saya bahawa ada peningkatan dalam isu seperti mengambil dan mengedarkan dadah.Perkara yang seperti ini dilakukan mungkin kerana invidu itu menghadapi kesulitan dalam kewangan atau masalah kekeluargaan yang menyebabkan mereka berpendapat bahawa cara serpti itu dapat membantu meraka mengatasi masalah.
Masalah ekonomi yang semakin bertambah,membuat seseorang itu untuk meningkatkan aktiviti pengedaran dadah
semata-mata untuk mendapatkan pendapatan dengan cara mudah dan dalam masa yang tersingkat.Selain itu,keluarga yang bermasalah boleh menjadi salah satu isu yang menggalakkan mereka untuk berjinak-jinak dengan dadah supaya mereka dapat mengurangkan tekanan dan bebas dari segala keresahan.
Mengedar dan menghisap dadah adalah isu yang hangat dalam masyarakat kita dan selalunya mereka beranggapan bahawa perkara ini amat popular.Mereka tidak meyedari bahawa mereka telah menjejaskan imej diri sendiri serta masyarakat dan bangsa mereka sendiri.
Dadah juga boleh menjejas kesihatan seseorang.Selain mendapat penyakit yang buruk,ia juga boleh membawa maut.Dadah boleh dikatakan sebagai benda yang tidak membawa faedah langsung.Ia hanya akan menanmbahkan lagi masalh dalam hidup kita.
Amsyar Afiqq.
BalasPadam3E2.
Artikel ini menimbulkan satu tanda tanya bagi masyarakat melayu sekarang lebih terbuka kepada dadah yang meningkat tinggi.Yunani yang sudah berumur 34 tahun sepatutnya sudah mempunyai pekerjaan yang stabil, malahan pada peringkat umur sebergini, dia sepatutnya sudah berkeluarga dan sepatutnya befikir akan nasib keluarganya. Itu juga akan menjatuhkan maruah keluarga.
Tahap pemikran seseorang itu akan berkurangan sebaik mengamil dadah. Mungkin juga perbuatan sedemikian adalah pengaruh kawan-kawan dan juga rakan-rakan.
Kesihatan juga akan terjejas sebaik mengamil dadah. Seseroang akan menjadi lemah dan dan prestasi diri seseorang itu akan juga terjejas.
Jika seseroang itu tidak menyedar akan perbuatannya, perkara ini akan berpanjangan dan jika seseorang itu tidak ingin membantu dirinya sendiri, tiada sesiapa yang mampu.
Kes dadah telah melonjat naik sejak berberapa tahun yang lalu. Ramai yang berpalaing kepada dadah jika mempunyai masalah. Pengaruh daripada kawan-kawan dan persekitaran haruslah sihat.
Sebab itulah walau apa pun, dadah bukan lah pilihannya. Banyak lagi perkara-perkara yang lebih baik ynag boleh dilalukan selain berpalaing kepada dadah! =)
Abdul Azam
BalasPadam3E2
Artikeln ini menunjukkan masyarakat melayu senang dipengaruhi oleh orang-orang baratyang mengambil dadah.Dia akan menyusahkan keluarganya.Orang akan mehina keluarganya kerana seorang ahli keluarganya mengambil dadah.Dia akan mejatuhkan nama keluarganya.
Selepas dia keluar dari penjara,dia akan dapat kesukaran menerima kerja.Dia akan mendapat kesukaran membuang kegiatan mengambil dadah.Selalunya penagih dadah akan mengambil dadah semula.Orang akan pandang rendah kepada dia kerana dia mengambil dadah lagi.Dia akan menjadi lebih bodoh kerana dia mengambil dadah.Jika dia tidak berhati-hati dia boleh mati kerana terlebih mengambil dadah.Dia akan menyusah keluarganya kerana dia tidak bekerja dan tidak ada wang untuk beli makanan.Saya harap tiada orang mengambil dadah lagi dan berhenti mengambil dadah.
Muhammad Asyraf Bin Buang
BalasPadam3E2
Artikel ini memaparkan bagaimana masyarakat melayu islam mudah dipengaruh oleh anasi-anasir
buruk yang dilakuan oleh orang barat.
Penagih dadah tidak akan rasa menyesal walaupun dia telah melakukan perkara yang tidak sihat kepada tubuh nya sendiri. Walaupun ada ramai penagih yang mati ,ada yang masih tidak sedar akan kesan dadah yang diambil secara berlebihan. Dadah bukannya murah tetapi duit yang digunakan untuk membeli dadah boleh digunakan untuk barang barang keperluan lain seperti permainan video dan alat sukan. Ia satu perkara yang bodoh jika seseorang membeli dadah untuk mememuaskan nafsunya.Hukuman yang diberikan pada penagih berulang patut ditambah lagi untuk membuat mereka sedar akan bahaya dadah.
Menjual atau membeli dadah tidak ada bezanya bagi saya.Mereka tetap penagih yang bodoh dan tidak ada hala tujuan untuk hidup terlebih utama sekali ialah si penjual. Ini keran si penjual akan mendapat hukuman gantung jika ada dadah yang berlebihan. Yunani Tompang telah memilih jalan yang tidak benar. Menggunakan rumahnya sebagai sarang penagih ialah pilihan yang serong. Moga dia akan sedar apabila sudah dipenjarakan.
Sekian...