Baca dan kenal pasti punca masalah dan kesan ke atas yang terlibat. Nyatakan juga pengajaran yang kamu perolehi daripada petikan ini.
AYAH DIPERSALAH SEBAGAI PENYEBAB KELUARGA PORAK-PERANDA
Anak-anak dakwa ibu difitnah sebab bapa cemburu akan guru silat
ANAK-ANAK seorang pemandu yang mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang guru silat sehingga memporak-perandakan rumah tangganya menyalahkan ayah mereka sebagai punca masalah tersebut.
Mereka tidak percaya ibu mereka melakukan perbuatan tersebut dan menyifatkan dakwaan ayah mereka itu sebagai fitnah kerana berasa cemburu terhadap guru itu. Sanggahan yang bertujuan 'memperbetul keadaan' itu mereka kirimkan menerusi e-mel kepada Berita Harian sebagai susulan laporan berjudul Mahligai kecai dek isteri 'sangkut' guru silat anak yang disiarkan Isnin lalu.
Dalam laporan itu, ayah mereka, Encik Buang (bukan nama sebenar), menuduh isterinya bermain kayu tiga dengan guru silat anak-anak mereka. Beliau mendakwa anak-anaknya, setelah digertak, memberitahunya mengenai perbuatan curang isteri beliau itu dan mempunyai rakaman video yang menunjukkan isterinya pergi ke sebuah hotel bersama guru berkenaan.
Menyanggah dakwaan itu, anak-anak Encik Buang merintih: 'Kami tidak mungkin akan menyebelahi ibu kami sekiranya beliau sejahat itu dan sanggup hidup susah bersama ibu.
'Tentunya kami akan memilih untuk bersama ayah. Hari ini kami hidup merempat menumpang di rumah saudara tanpa ayah memberikan nafkah kepada kami.
'Dan kejamnya ayah kami, yang tergesa-gesa menjual rumah sebaik sahaja membuat pengaduan kepada mahkamah yang kononnya ibu kami berlaku curang, tanpa mahu memikirkan perlindungan untuk kami adik-beradik yang beliau kata beliau sayangi.'
Berkenaan dakwaan si ibu memberi makanan kepada guru silat tersebut, mereka berkata:
'Bertahun-tahun keluarga kami dan keluarga guru kami hidup seperti keluarga, kami saling bertukar-tukar juadah, dan ayah saya adalah salah seorang yang turut menjamah juadah pemberian keluarga guru saya itu.
'Sebenarnya perkongsian makanan ini bukan sahaja terjadi di antara dua keluarga ini, banyak keluarga lain yang terlibat sama, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa.'
Sambil mempertahankan ibu mereka yang disifatkan makan hati berulam jantung, anak-anak itu berkata: 'Telah lama ibu berdiam diri dengan sikap ayah yang selalu menghina dan memaki hamun beliau.
'Ibu tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya tentang pengurusan rumah tangga dan makan minum kami, walaupun dengan peruntukan kecil yang ayah berikan kepada beliau.'
Menurut e-mel anak-anak itu, mereka sedar ayah mereka berubah kerana rasa iri hati terhadap kejayaan guru berkenaan dalam silat dan rasa cemburu tersebut mendorong beliau sengaja cuba memporak-perandakan keluarga guru itu.
'Ditambah pula dengan adanya hasutan daripada rakan-rakan silatnya yang lain yang mempunyai kepentingan untuk menjatuhkan guru kami, tetapi usaha beliau itu akhirnya memporak-perandakan keluarga kami sendiri,' tambah mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Apakah pengajaran yang boleh didapati dari segi sosial - kekeluargaan dan moral.
BalasPadamNurziana Azman, 3A1.
BalasPadamPada pendapat saya, kedua-dua pihak yang bersalah. Ayah tidak harus merasa cemburu terhadap ibu dan guru silat anak-anaknya kerana mereka hanya kawan biasa. Ibu juga tidak harus terlalu rapat dengan guru silat anak-anaknya kerana dia sudah bersuami dan guru silatnya sudah beristeri. Walaupun ayah cemburu, ayah tidak harus memporak-perandakan keluarganya. Ayah tidak harus menuduh ibu sembarangan walaupun dia ada bukti. Ibu juga harus meminta izin ayah jikalau dia mahu keluar. Ayah juga harus mengalah, walaupun ibu yang bersalah.
kamarul ariffin bin kamaruzaman
BalasPadam3a1
Anak-anak tersebut tidak tahu ataupun tidak melihat bahawa ibu mereka telah berlaku curang.Anak-anak tersebut harus menyiasat kedua-dua ibu bapa mereka untuk mengetahui perkara sebenarnya.Bapa mereka melihat bahawa isterinya ke hotel bersama guru silat tersebut.Pada pendapat saya,walaupun seseorang itu sudah berumah tangga,isteri ataupun suami tidak boleh keluar bersama(berdua-duaan)dengan orang lain walaupun ia setakat pergi makan kerana ia boleh menimbulkan fitnah sekiranya seseorang yang mengenali salah satu pihak.Dan mereka sepatutnya mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain supaya rumah tangga tidak akan jatuh ataupun rosak.Bapanya pula,harus memikirkan tentang anak-anaknya yang terpaksa tinggal bersama saudara meraka dan tidak diberi nafkah oleh ayahnya yang semata-mata menjual rumah dan menggunakan duit tersebut untuk mengadu di mahkamah bahawa isterinya berlaku curang dan bermain kayu tiga.Kedua-dua pihak turut bersalah kerana yang satu tidak memikirkan anak-anak sendiri dan yang satu keluar bersama guru silat ke hotel berdua-duaan tanpa meminta izin dari pihak suami.
Assalamualaikum. Mohd Nashreen Arzlyhin, 3A1.
BalasPadamSaya berpendapat bahawa ayahnya tidak harus cemburu kepada isterinya.Pada pendapat saya lagi kedua-dua pihak bersalah kerana ayahnya tidak menyiasat dahulu sebelum menuduh.ibunya bersalah juga kerana ibunya tidak harus keluar bersama lelaki lain kerana dia telah bersuami.
Fatimah Zahra 3A1
BalasPadamPada pendapat saya, tiada masalah untuk berkelakuan sebegitu. Lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, bangsa cina atau india, kita harus saling berkomunikasi dan saling tolong menolong. Ini adalah perbuatan yang biasa antara kita, jiran tetangga.
Tentang peristiwa itu pula, bukti yang menunjukkan isteri Encik Buang dan guru silat anaknya berduaan ke hotel. Mereka tidak boleh berduaan sahaja walaupun ke mana-mana, kerana isteri Encik Buang sudah mempunyai seorang suami. Lebih-lebih lagi, tanpa izinnya. Sekurang-kurangnya isteri memberitahu anak akan ke mana dia pergi. Supaya mereka tidak curiga akan mana kita sedang berada.
Tentang anak pula, mereka tidak sepatutnya berfikiran dan berkelakuan begitu kerana ini memberi kesan yang parah kepada ibu bapa. Mereka akan kecil hati. Kita sebagai anak harus menjaga hati dan perasaan ibu bapa kita. Mereka cuma boleh beritahu ibu bapa perasaan mereka terhadap kelakuannya. Dengan itu mereka tahu bagaimana anak berasa dan boleh berubah.
Dengan menjauhi daripada guru silat itu adalah contoh yang baik, tetapi tidak seteruknya itu. Orang akan syak tentang kejadian yang memberi akibat yang luar biasa kepada keluarganya. Kita boleh bertegur sapa tetapi tidak berhubungan.
Dan meluangkan masa dengan anak ialah cara yang baik, seperti ke pantai atau membeli belah.
kamarul ariffin bin kamaruzaman
BalasPadam3a1
Anak-anak tersebut tidak tahu ataupun tidak melihat bahawa ibu mereka telah berlaku curang.Anak-anak tersebut harus menyiasat kedua-dua ibu bapa mereka untuk mengetahui perkara sebenarnya.Bapa mereka melihat bahawa isterinya ke hotel bersama guru silat tersebut.Pada pendapat saya,walaupun seseorang itu sudah berumah tangga,isteri ataupun suami tidak boleh keluar bersama(berdua-duaan)dengan orang lain walaupun ia setakat pergi makan kerana ia boleh menimbulkan fitnah sekiranya seseorang yang mengenali salah satu pihak.Dan mereka sepatutnya mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain supaya rumah tangga tidak akan jatuh ataupun rosak.Bapanya pula,harus memikirkan tentang anak-anaknya yang terpaksa tinggal bersama saudara meraka dan tidak diberi nafkah oleh ayahnya yang semata-mata menjual rumah dan menggunakan duit tersebut untuk mengadu di mahkamah bahawa isterinya berlaku curang dan bermain kayu tiga.Kedua-dua pihak turut bersalah kerana yang satu tidak memikirkan anak-anak sendiri dan yang satu keluar bersama guru silat ke hotel berdua-duaan tanpa meminta izin dari pihak suami.
Muhd Syahir , 3a1
BalasPadamSaya rasa bahawa bapanya tidak harus memfitnah ibu mereka tanpa apa-apa bukti.Saya rasa ibu mereka pergi ke hotel untuk bermakan bersama guru silatnya.Tetapi saya rasa
ibunya tidak harus bermakan berdua-duan dengan guru silat anak mereka.Ayahnya juga tidak harus bermaki hamun ataupun menghina isterinya kerana ia perbuatan yang salah.
Dia tidak harus bermaki hamun terhadap isterinya sendiri tanpa kesalahan apa-apa kerana isterinya bertanggungjawab dengan suaminya.Saya rase isterinya tidak tahan lagi terhadap kelakuan suaminya.Saya juga rasa bahawa kelakuan anak-anak mereka yang merangkan masalah kepada pemberita untuk mendapatkan penyelasan dari mereka.
zulfadhli (3a1)
BalasPadampada pendapat saya,saya merasai bahawa bapanya ada masalah mental.helmi kata bahawa mungkin maknya ada hubugan sulit dengan guru silat anaknya.saya merasa bahawa mereka tidak ada hubugan keluarga yang irat.mungkin bapanya ada masalah emosi .dan dari perenggan 15" memberitahunya mengenai perbuatan curang isteri beliau itu dan mempunyai rakaman video yang menunjukkan isterinya pergi ke sebuah hotel bersama guru berkenaan".saya merasa bahawa mungkin bapanya betul dengan mencurigakan yang isterinya ada hubugan sulit kerana apa sebabnya isterinya ke hotel dengan
guru silat tanpa memberitahu suaminya.dari segi agama seorang wanita tidak boleh keluar ke hotel tanpa suaminya ada di sisinya dan ini boleh menyebabkan orang lain mengkatakan yang kita ada hubugan sulit dengan orang lain.bapanya pun tidak patut memberitahu kepada akbar ia hanya boleh menyebabkan pekara itu menjadi lebih besar dan boleh memalukan keluarka mereka sendiri.
soalan: kenapa kita harus mengadakan hubugan sulit dengan orang lain sementara kita ada suami/isteri???????????
Muhd Asyraf 3A1
BalasPadamPada pendapat saya, pekeluargaan mereka tidak rapat dan mungkin keluarganya ada masalah dalam keuwangan dan mungkin bapanya ada sakit jiwa. Bapanya patutnya mencari lebih bukti tentang isterinya walaupun dia ada rakaman video yang menunjukkan isterinya pergi ke sebuah hotel bersama guru berkenaan. Isterinya harus meminta izin kepada suaminya sebelum keluar besama sesiapa. Seorang wanita harus dengar kata suaminya kerana suaminya ada berhak untuk membuat pilihan. Dalam peraturan islam seorang wanita tidak boleh keluar ke mana-mana tanpa mahram dan harus meminta izin. Keseluruhan kedua ibu dan bapa meraka telah membuat salah dan harus memperbaikinya.
Muhd.Zamir
BalasPadam(3a1)
Pada pendapat saya, baris 15 menunjukkan bahawa "mengenai perbuatan curang isteri beliau itu dan mempunyai rakaman video yang menunjukkan isterinya pergi ke sebuah hotel bersama guru berkenaan". Isterinya tidak patut pergi ke hotel dengan suami lain ke hotel .Kalau mereka mahu pergi makan malam, mereka tidak boleh makan di hotel kerana ia boleh menyebabkan curiga.Anak-anak Encik Buang kuat kepercayaan kepada ibunya.Encik Buang tidak mempercayai isterinya.Isterinya Telah lama ibu berdiam diri dengan sikap ayah yang selalu menghina dan memaki hamun beliau.
Kedua-dua orang yang bersalah kerana ayah dia tidak boleh menfitnah and isterinya tidak boleh keluar dengan suami orang lain dan pergi ke hotel.
Soalan:Bolehkah isteri keluar dengan suami orang lain?
Jawabpan:Tidak! kerana ia berdosa dan orang boleh mengatakan yang kita ada hubungan orang lain dan ia juga boleh merosakkan rumah tangga awak sendiri.
MOHAMED RAZIN B MOHAMED OMAR
BalasPadam3A1
PADA PENDAPAT SAYA, DALAM KELUARGA ITU IBU NYA YANG SALAH KERANA BERJALAN BERDUA-DUAN DENGAN LELAKI LAIN.MUNGKIN KERANA sikap ayah yang selalu menghina dan memaki hamun.Tetapi ayah tidak patut fitnah,menghina dan memaki hamun terhadap ibunya walau pun ayah ada bukti kuat. Saya rasa dua pihak ibu dan bapa yang salah kerana bila satu pihak salah mereka patut bincang dan tidak patut berdiam diri.masala kecil boleh menjadi besar kalau tidak menyelesaikannya dengan cepat
Muhd Farhan 3A1
BalasPadamPada pendapat saya,mereka ada masalah keluarga dan ibunya ada hubungan sulit dengan guru silat.Dengan itu,bapanya berasa sangat cemburu.Ibunya tidak sepatutnya pergi ke hotel dengan guru silat.Saya berasa kasihan kepada anak-anaknya kerana mereka harus hidup merempat menumpang di rumah saudara tanpa ayah memberikan nafkah kepada mereka.Bapanya sungguh kejam kerana dia menjual rumah dan tidak fikir tentang anaknya yang belum lagi berumah tangga.Sepatutnya,sebelum ibunya pergi ke hotel dengan guru silat,dia harus meminta izin dari suaminya.Mereka berdua bersalah kerana mereka pentingkan diri sendiri dan tidak kisah kepada anak-anaknya.

Muhd nor Helmi 3a1
BalasPadamSaya rasa perhubungan pekeluargaan mereka tidak rapat dan seirat.Bapanya mungkin ada masalah wang untuk keluarga.Bapanya tidak patut tergesa-gesa untuk melaporkan pekara itu Walaupun dia mempunyai rakaman video membuktikan yang isterinya mengada perhubungan sulit,dia sepatut siasat lebih dalam untuk mengatahui bahawa isterinya betul-betul mengada perhubungan tersebut.Ataupun mungkin isterinya yang besalah kerana dia harus memberitahu kepada suaminya kemana dia mahu pergi dan dia tidak sepatut berjalan berduaan bersama suami orang lain.Mungkin anak-anaknya bersepakat bersama ibu mereka untuk menceraikan bapanya.Perhubungan mereka tidak rapat dan kerana itu mereka ingin perhubungan itu berputus.Guru silat itu pun bersalah kerana dia tidak sepatut berbaik hati sangat dan mengatal bersama kepada wanita itu.kami sepatut harus memberitahu kemana kami ingin pergi dan bersama siapa kalau tidak mungkin seseorang itu akan berasa risau dan ingin tahu.
pendapatan saya,perkara ini akan mempergarui anak-anak mereka dan akan menjatuknan rumah tangga mereka.

khairulanwar 3a1 Pada pendapat saya anak-anaknya tidak patut membuat apa-apa pun kerana mereka masih muda dan tidak tahu apa-apa pun tentang rumah tangga.
BalasPadamMereka sepatutnya mendapat bukti-bukti untuk membuktikan kesalahan ayahnya terhadap keluarga.Ayahnya tidak patut menjual rumah itu kerana perkara tersebut boleh membuat keluarganya porak pelanda.Disebabkan perbuatan ayahnya meraka sekeluarga akan mendapat masalah besar kerana tidak ada rumah sendiri.Nasib baik mereka dapat melindungi diri di rumah saudara mereka.Ibunya juga tidak patut keluar dengan guru silat kerana ia boleh mempelawakan tuduh-tuduhan dan ia melangar hukuman islam.

Muhd Rasyidi
BalasPadam3A1
Saya merasakan bahawa ibunya tidak harus membuat begitu kerana ini boleh menjatuhkan rumah tangga mereka. Ayahnya juga tidak boleh memfitnah ibunya tanpa bukti yang jelas. Ibunya juga tidak harus pergi ke sesuatu tempat berdua-duan sesama lelaki lain kerana dia sudah bersuami. Saya rasa ibunya harus membuat tanggungjawab sebgai isteri dan ibu. Pada pendapat saya, ayahnya adalah seorang suami yang bertanggung . Anak-anak itu juga harus menyokongi ayah mereka kerana dialah telah membuat tanggngjawab dia.Keluarga ini harus menyokongi satu sama lain.Saya rasa keluarga lain tidak harus menjalani situasi begini .
Pendapat saya Encik Buang tidak seharusnya membuat sedemikian kerana itu menunjuk bahawa dia tidak percaya akan isterinya.Hubungan sulit anatara isterinya bersama guru silat anaknya itu fitnah.Ini semua dicipta oleh kerana perasaan cemburu dan iri hati yang didendam oleh Encik Buang.Oleh kerana itu,keluarganya sekarang mengalami masalah yang besar yang dibuat oleh Encik Buang.Padahal isterinya cuma ingin saling bagi membagi juadah kepada guru silat sebagai tanda ucapan terima kasih atas mengajar anaknya.Dengan perkara ini,oleh kerana tidak tahan lagi Encik Buang sanggup kirimkan cerita menerusi e-mel dan mengahantarkan kepada Mahligai dari Berita Harian atas apa yang terjadi.Jadi pada saya,kepercayaan itu amat penting dalam setiap keluarga.
BalasPadamNurSyafiqahMdShariff, 3A1.
BalasPadamPada pendapat saya, Encik Buang seharusnya menyiasat tentang perkara ini terdahulu. Encik Buang tidak sepatutnya memperlakukan sebegini kerana ini telah menjejas anak-anak mereka yang tidak bersalah. Dengan ini, ia boleh mempengaruhi anak-anak mereka secara emosi dan mereka akan berasa tertekan. Isterinya Encik Buang pula tidak sepatutnya keluar bersama guru silat itu berduaan sahaja kerana kedua-dua pihak sudah berumahtangga. Encik Buang harus mengawal perasaannya dan jangan benarkan perasaan cemburunya mengawal dirinya sendiri. Encik Buang harus tahu bahawa walaupun kerjaya tidak setaraf dengan beliau, beliau sepatutnya tahu bahawa beliau tetap bisa memberi mereka makan dan minum yang secukupnya. Anak-anak beliau tidak mengadu sedikit pun malah, mereka bersyukur. Seharusnya Encik Buang dan isternya harus memikirkan tentang perasaan anak-anak mereka. Dengan kesalahan mereka ini, anak-anak mereka yang menjadi korban. Pada saya, kedua-dua pihak bersalah.