Teliti petikan di bawah ini. Berikan pendapat kamu tentang khidmat yang diberikan, serta sarankan bagaimana khidmat ini boleh diperluaskan lagi.
PUSTAKA LANCAR KHIDMAT HANTAR BUKU KE RUMAH
'Projek Hantarkan Saya' terbuka kepada golongan kurang upaya
BERGERAK dengan menggunakan kerusi roda amatlah mencabar bagi pesakit distrofi otot (muscular dystrophy) seperti Encik Mohammad Rafi Jurani, apatah lagi berkunjung ke perpustakaan awam berhampiran flatnya di Jurong.
Demi cintanya kepada buku-buku sejarah, beliau tetap ke sana kira-kira dua bulan sekali.
Perjalanan pergi balik dengan menaiki MRT memakan masa hampir sejam dan beliau perlu ditemani adiknya yang turut berkerusi roda dan pembantu rumah mereka itu.
Namun, sejak tahun lalu, Encik Rafi, 27 tahun, tidak perlu lagi bertungkus lumus untuk mendapatkan santapan mindanya.
Ini kerana relawan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) akan menghantar buku-buku yang dipesannya langsung ke rumahnya.
Khidmat tersebut ditawarkan kepada warga kurang upaya di bawah satu program baru iaitu Projek Hantarkan Saya (Deliver Me) yang ditawarkan NLB. Ia dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Eksekutif NLB, Dr N. Varaprasad, di Perpustakaan Daerah Jurong semalam selepas satu ujian perintis yang berjalan lebih setahun.
Ditemui di rumahnya di Jurong West semalam, Encik Rafi yang kini menyumbang tenaga dengan Persatuan Distrofi Otot Singapura (MDAS), mengalu-alukan khidmat baru itu.
'Kalau nak ke perpustakaan, saya perlu buat perancangan dan persediaan teliti sebab saya perlu naik MRT dan ditemani adik dan pembantu rumah. Dengan khidmat baru ini, saya hanya perlu pesan buku-buku yang saya inginkan dan ia akan dihantar langsung ke rumah,' jelas beliau yang mula berkerusi roda sejak berumur lapan tahun.
Menurut lulusan GCE 'A' itu, sebelum memesan buku-buku yang diinginkan, beliau akan melungsur laman web NLB untuk menyemak senarai buku, khususnya dalam bidang sejarah yang sangat digemarinya. Setiap hari Encik Rafi meluangkan waktu selepas sarapan pagi untuk menikmati buku-buku yang dipinjamnya itu.
Sejak dirintis lebih setahun lalu, 53 individu menyertai khidmat 'Hantarkan Saya' yang disokong oleh 79 relawan yang telah membuat 145 penghantaran ke rumah.
Setiap peserta boleh meminjam lapan bahan perpustakaan, termasuk buku dan bahan pandang dengar, selama 10 minggu.
Bahan-bahan yang dipinjamkan itu akan dihantar mengikut jadual penghantaran iaitu dwibulanan.
Projek tersebut disokong beberapa pertubuhan seperti Persatuan Kebajikan Orang-Orang Cacat, MDAS, Maktab Rendah Nanyang dan Jawatankuasa Eksekutif Belia Bishan North.
Penghantaran ke rumah diperbolehkan dengan bantuan para pemandu teksi daripada Kumpulan Kebajikan Cabby Care, ComfortDelgro.
Dr Varaprasad berkata: 'Melalui projek ini kami harap ia dapat menambah kesedaran mengenai keperluan individu kurang upaya dan mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat umum dengan menangani keperluan mereka untuk membaca dan belajar.'
Sesiapa yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi NLB di talian 6332-3255.
Utasan yang sangat baik oleh Ciku Maslinni..
BalasPadamUtasan yang boleh membuat yang kurang upaya seperti encik Rafi lebih bermotivasi..
Seseorang yang tidak berputus asa walaupun kurang upaya, kerana kegemarannya membaca buku.
Cerita-cerita inspirasi sebagai ini akan dapat menjadi pelajaran yang tidak berharga kepada semua pembaca Utasan ini..
Cerita ini adalah sesuatu contoh betapa indahnya hidup di dunia ini..
MD HAFIZ BIN ABD RAHMAN 3E1
BalasPadamPada pendapat saya,khidmat menghantar buku di perpustakaan langsung ke rumah adalah sungguh baik kerana ia boleh menolong orang yang cacat.Oleh cara ini si cacat tidak perlu menyusahkan diri untuk pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.Dia hanya perlu masuk ke lelaman NLB untuk meminjam buku.
Pada pendapat saya cara ini juga boleh membuat banyak orang menjadi seorang yang pemalas kerana mereka tidak perlu berjalan ke perpustakaan.
Dalam pendapat saya, ini adalah sebuah program yang amat baik kerana ia memberikan orang Singapura yang kurang upaya untuk membaca buku. Mereka hanya perlu menelefon perpustakaan tersebut apabila mereka mahu membaca sebuah buku yang diminati mereka. Ini kurang leceh dan kurang susah apabila mereka perlu menaiki MRT untuk ke perpustakaan tersebut. Namun, mereka juga boleh ke lelaman NLB untuk menyemak senarai-senarai buku.
BalasPadamTetapi, ada juga orang yang kurang upaya yang mahu dianggap seperti orang biasa. Malang , ada yang mengambil kesempatan ini untuk menjadi malas. Orang yang tidak kurang upaya akan menelefon perpustakaan-perpustakaan untuk menghantar buku-buku yang dikehendaki oleh seseorang itu. Jika ini berlaku, mereka tidak perlu untuk ke perpustakaan. Tetapi, ini tidak boleh berlaku kerana ini akan mengakibatkan kekurang kerja bagi pekerja-pekerja di khutubkhana tersebut. Namun, penduduk Singapura patut amanah dan perlu memberikan masa untuk ke perpustakaan.
`Akim Sapari 3E1.
'Projek Hantarkan Saya' ialah satu cadangan yang amat baik kerana ia membenarkan orang yang kurang upaya dan juga orang yang cacat. Projek ini juga amat baik kerana , walaupun orang cacat mendapat pergi ke perpustakan amat mencabar , mereka boleh menelefon atau menhantar e-mail untuk mendapat buku yang mereka ingin membaca. Walau bagaimanapun , orang yang kurang berupaya dan cacat ini juga akan rasa tersinggung. Ini kerena , mereka akan berasa bahawa mereka amat mengharapkan pertolongan dari masyarakat lalu berasa rendah diri. Projek ini juga membuang duit dan masa kerana sukarelawan akan membuang masa menghantar buku ke rumah mereka. Projek ini juga amat baik , kerana dengan menolong orang , kita akan mendapat pahala yang banyak , projek ini juga ada 'pros and cons' nya dan projek ini amat baik untuk menolong orang yang kurang berupaya.
BalasPadamMuhd. Syafiq 3E2
BalasPadam'Projek Hantarkan Saya' ialah satu cadangan yang boleh dikatakan baik dan tidak baik. Mengapa saya katakan baik kerana dia menolong orang yang kurang upaya untuk tidak menyusahkan.
Walaubagaimanapun orang kurang upaya(OKU) harus mekerjakan otot mereka. seperit pergi ke perpustakaan dan sebagainya. kalau tidak mereke akan menjadi pemalas dah selalu harap kan orang untuk menolongnya. mereka menyusahkan para sukarelawan. mereka tidak sepatutnya berjantung kepada masrakat untuk menolong meraka, mereka harus menolong diri sendiri.
syafiq 3e2.
Amsyar Afiq 3E2
BalasPadamKhidmat penghantaran kerumah ini adalah satu khidmat yang amat baik.
Ini menunjukkan bahawa kita tidak akan ada alsan lagi untuk tidak mengungjungi perpustakaan.
Ia juga sesuatu tynag akan membuat seseorang itu berasa amat selesa dirumah.
Juga bagi yang kurang upaya,n ia akan menyenangkan dirinya kerana dia tidak perlu meyusahkan diri untuk ke perpustakaan. Bagi ynag berkerusi roda, ia akan meringankan bebannya.
Jangka masa yang diberikan untuk menghabiskan bahan-bahan itu amat lama iaitu selama 10 minggu,berbandingkan orang yang berupaya ynag cuma ada jangka masa selama 2 minggu.
Pada masa yang sama, saya juga rasa bahawa khidmat yang diberi ini amat berlebihan dan ia juga akan menimbulkan satu masalah bagi pihak yang lain.
Mereka akan merasakan yang diri mereka ini itdak lagi dihiraukan kerana segala tumpuan diberikan kepada orang yang kurang upaya!
Dan juga, seseorang itu tidak akan melanjutkan apa yang dibuat selama ini.
Walaubagaimanapun, saya tetap merasa bahawa khidmat ini amat baik kerana ia akan menolong meringankan beban kepada orang-orang yang kurang berupaya!!
:)
Shafiqa Binte Abdul Wahab
BalasPadam3E1
Pada pendapat saya, khidmat ini berguna kerana ia mudah untuk meminjam buku tanpa perlu untuk mengunjung ke perpustakaan dengan hanya melungsuri internet dan membuat pesanan di laman web NLB sendiri.
Orang-orang yang kurang berupaya juga dapat mengurangkan masa perjalanan mereka dan perbelanjaan untuk menaiki kenderaan awam.
Lebih berguna jika mereka dapat memperluaskan khidmat ini dengan mengiklankannya di dalam akhbar ataupun di luar perpustakaan supaya lebih ramai orang akan mengetahui tentang khidmat ini.
M.asyraf
BalasPadam3e2
(25)
Cerita ini amat menggembirakan orang kurang upaya yang menggunakan buku untuk digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan. Ia juga dapat mengurangkan masa perjalanan si {OKU) untuk pergi ke khutubkhana. Dengan zaman teknologi yang canggih, {OKU} dapat menglungsuri internet untuk memesan buku yang diingini. Lalu ia akan dihantarkan oleh sukarelawan. Buku itu diberi mengikut jadual. Saya harap khidmat ini diperkenalkan di seluruh singapura.
Fatin Hanisah Alkhatib
BalasPadam3E2
Pada pendapat saya, khidmat ini ada kesan positif dan negatif. Positif dalam khidmat ini adalah dapat membantu golongan kurang upaya. Sebelum ini, walaupun mereka ada minat untuk membaca buku, mereka tidak dapat pergi ke perpustakaan selalu.Sekarang khidmat ini telah membantu mereka untuk mencapaikan minat mereka iaitu membaca buku.
Ia juga memberi semangat kepada mereka bahawa walaupun mereka kurang upaya, mereka masih boleh membuat apa orang biasa buat seperti meminjam buku dari perpustakaan.
Mereka dapat memilih buku yang minati dengan melungsur laman web NLB.Dengan ini juga, mereka juga dapat menjimatkan masa mereka.
Kesan negatif khidmat ini adalah sesetengah golongan kurang upaya merasakan orang memandang rendah terhadap mereka. Mereka tidak suka orang melayan mereka berlebih-lebihan. Mereka hendak orang melayan mereka seperti orang biasa.Mereka mahu berdikari dan mencuba sendiri.
Sesetangah golongan kurang upaya pula menjadi pemalas.Mereka mengharapkan orang untuk membuatkan semuanya utuk mereka. Mereka tidak mahu mencuba membuat sendiri.
Saya sarankan beberapa kedai runcit membuat khidmat sebegini supaya golongan kurang upaya dapat kesenangan seperti orang biasa.Mereka hanya mengangkat telefon dan menelefon kedai tersebut.
Sekian, terima kasih.
Melalui apa yang dibacakan, khidmat yang disediakan untuk orang kurang upaya(OKU) seperti Encik Rafi amatlah bermanfaat.Pada pendapat saya, perkhidmatan ini banyak menolong dan juga menjimatkan masa untuk sesiapa sahaja.
BalasPadamNamun begitu, perkhidmatan ini dimajukan dan diperluaskan lagi. Antara cara-cara untuk memajukan perkhidmatan ini adalah dengan mengunakan teknologi internet yang amat popular pada masa kini. Pihak perpustakaan boleh menyediakan senarai buku yang disediakan di perpustakaan.Melalui cara ini, para pengguna dapat memesan buku melalui internet. Di samping itu, ini banyak menjimatkan masa dan juga memanfaatkan teknologi yang ada sebaik-baiknya.
Tuntasnya, perkhimatan ini banyak memberikan manfaat. Ini juga akan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Qurratu Aini Bte Bakri
BalasPadam3E1
Pada pendapat saya, khidmat ini bagus untuk orang yang kurang berupaya. Ia telah memberi semangat kepada warga yang kurang berupaya untuk terus menimba ilmu walaupun mereka tidak ke sekolah. Encik Rafi adalah seorang contoh yang baik untuk mereka yang senasib dengannya kerana dia masih lagi bertungkus lumus untuk membaca buku dan akan ke perpustakaan walaupun mengambil masa yang lama. Mereka patut berterima kasih kepada Kumpulan Kebajikan Cabby Care, ComfortDelgro kerana mereka masih mahu berkhidmat kepada orang yang kurang berupaya kerana ramai orang yang masih sempurna memandang rendah kepada mereka.Khidmat ini juga harus dibuka kepada warga tua dan juga kepada mereka yang tidak mepunyai duit untuk ke perpustakaan kerana tidak ada duit tambang. khidmat ini harus diteruskan kerana ia akan menolong ramai orang.
MUhammaD . RiDzWan Bin KAtermAn 3e1
BalasPadamPada pendapat saya, khidmat yang diberikan kepada Encik Rafi amat baik dan juga memuaskan. Ini kerana beliau tidak harus lagi meluangkan masa yang agak panjang untuk berhijrah ke perpustakaan. Dengan adanya khidmat ini, ia membuatnya lebih senang untuk membaca buku-buku sejarah. Dia hanya perlu pesan buku-buku yang dia inginkan dan ia akan dihantar langsung ke rumah. Tetapi, ia boleh membuatnya daripada adanya sikap berdikari menjadi malas kerana beliau telah menjadi terlalu lena sehingga beliau membuat sukarelawan tersebut sebagai hambanya. Selain daripada perkhidmatan ini, perkhidmatan-perkhidmatan lain juga boleh disediakan seperti khidmat mengurut dan memberi rawatan kepada orang tua yang kurang mampu atau sihat.
FADLY….
BalasPadamPada pendapt saya, khidmat ini amat berguna kerana ada segelintir orang yang kurang upaya (O.K.U) minat dengan buku. Saya rasa industri penghantaran juga boleh tolong dengan menghantar buku yang diinginin. Masyarakat juga boleh memanfaatkan masa jadi relawan untuk menghantar buku-buku kepada rumah-rumah. Kadang-kala, O.K.U lebih suaka dilayan seperti orang yang sempurna. Warga emas juga mamafaat dari khidmat ini. Ramai warga emas juga tidak kuat untuk pergi perpustakaan yang berdekatannya.
Khidmat ini boleh diperluaskan denagan mengedarkan brosur kepada masyarakat tentang khidmat ini dan infomasi macamana untuk memainkan peranan.
Bagi saya, projek yang telah dijalankan oleh relawan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) amat berguna, terutama bagi mereka yang kurang berupaya dan susah bagi mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi sesetengah, khidmat sebegini amat berguna bagi mereka kerana ia dapat membantu mereka menjimatkan masa perjalanan.
BalasPadamAda juga diantara mereka yang mungkin akan berasa tersinggung kerana diberi layanan yang lebih istimewa dari mereka yang sempurna. Sebahagian daripada mereka ingin dilayan seperti orang yang sempurna, dan bukan diberi layanan istimewa seperti orang yang kurang berupaya.
Selain daripada memberi khidmat menghantar buku pinjaman ke rumah, pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh diperkenalkan. Contohnya, para relawan boleh menawarkan untuk membantu memberi khidmat tuisyen kepada anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang senang. Dengan cara ini, mereka dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.
~ Nur Amanina Bt Abd Razak
3e1
Aliff Aqid bin Sazali
BalasPadamPada pendapat saya, projek 'Hantarkan Saya' sangat innovatif kerana NLB memikirkan kesusahan golongan kurang upaya pergi ke perpustakaan. Projek ini memudahkan cara golongan kurang upaya meminjam buku-buku perpustakaan. Kumpulan Kebajikan Cabby Care, ComfortDelgro sangat baik untuk menolong hantarkan buku-buku ke rumah orang kurang upaya.
Encik Rafi dan adiknya tidak harus susah ke perpustakaan melalui MRT dan sebagainya hanya untuk membaca dan meminjam buku. Hantarkan saya, yang dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Eksekutif NLB, Dr N. Varaprasad, membuat kehidupan Encik Rafi lebih mudah, melalui projek ini
Nisa Nurdini Bte Johar
BalasPadam3E1(:
Pada pendapat saya,khidmat yang diberikan kepada orang yang kurang berupaya terutama kali pesakit-pesakit kerusi roda ini adalah satu cara yang baik dan telah banyak membantu mereka dalam meneruskan semangat mereka yang kental untuk membaca dan belajar.
Khidmat ini memudahkan mereka untuk membuat adunan bagi buku-buku kegemaran mereka tanpa perlu keluar dan mengunjungi perpustakaan.Ini juga dapat mengurangkan tenaga,masa dan pembelanjaan untuk menaiki kenderaan awam untuk sampai ke destinasi tertentu.
Dengan adanya khidmat seperti ini,saya yakin bahawa orang-orang yang kurang berupaya ini akan lebih terdorong untuk meneruskan niat mereka untuk membaca dan meluaskan ilmu pengetahuan.
Saya berasa bahawa khidmat ini amat bernas.Orang-orang yang kurang berupaya boleh mengurangkan beban mereka.Mereka juga boleh memilih untuk pergi perpustakaan sendiri jika mereka ingin berdikari dan berasa mereka masih berkemampuan untuk melakukannya sendiri.Bagi yang lainnya,khidmat ini boleh dimanfaatkan.
Khidmat ini boleh diperluaskan dengan adanya lebih banyak lagi sukarelawan yang ingin membantu untuk menghantar buku-buku tersebut.Mereka juga boleh mengiklankan khidmat tersebut di akhbar atau pun di perpustakaan-perpustakaan agar mereka yang kurang upaya akan lebih mengetahui bahawa masyarakat kita amat prihatin tentang keinginan mereka untuk membaca dan belajar seperti orang yang lain.
untuk utasan kali ini, saya amat tertarik dengan isinya yang senang difahami pelajar-pelajar seperti saya. artikel ini juga bagus kerana mampu memotivasikan orang yang kurang upaya seperti encik rafi. khidmat yang disediakan ini amat bagus kerana dapat menghidupkan semula semangat untuk membaca buku lagi.tidak ada lagi alasan untuk tidak membaca buku kerana banyak cara telah direkakan untuk membantu yang tidak berupaya dan kurang upaya.
BalasPadamsekian
khidmat ini sungguh baik sekali kerana ia menyenangkan orang kurang upaya (OKU).
BalasPadampada pendapat saya,mereka sepatutnya meluaskan lagi perkhidmatan mereka itu.
selain daripada OKU,orang berupaya juga harus diberi peluang untuk merasakan perkhidmatan yang bagus ini.
selain dari khidmatan menghantar buku,mereka boleh juga membuat perkhidmatan menghantar poster-poster kepada orang yang sudah meminjam lebih dari 20 buku untuk menggalakkan mereka meminjam lebih lagi buku.
tetapi,pada pendapat saya,OKU juga ingin masyarakat untuk memandang mereka seperti rakyat yang biasa.
saya rasa itulah sebabnya tidak terlalu ramai OKU yang menggunakan perkhidmatan ini kerana mereka tidak berapa selesa.
khidmatan ini juga boleh diluaskan kepada bidang-bidang yang laen seperti perubatan,perabot,dan barang-barang keperluan dapur.
saya pasti dengan khidmatan ini,ramai orang akan gembira kerana belbagai benda boleh dihantar ke rumah masing-masing.
tetapi saya tidak menggalakkannya kerana orang-orang akan menggantung kepadanya dan mereka akan malas untuk ke kedai.
dan jika mereka tidak ke kedai,mereka akan kurang senaman dan menjadi malas.
walaubagaimanapun,perkhidmatan ini merupakan sebuah keuntungan kepada OKU dan juga kelebihan kepada orang yang bernasib baik.
sekian.
wassalam ;p
Hakim Laaa 3E2
Mohammmad Nashrulhaq 3e1(NasBregas):
BalasPadamRencana ini menunjukkan semangat Rafi untuk membaca buku dan dia akan cuba meminjam buku dari perpustakaan walaupun menggunakan kerusi roda kerana dia pesakit distrofi otot. Encik Rafi kurang upaya tetapi dia masih mahu membaca buku dan tidak hairan kalau dia susah. Dia tetap mahu pergi perpustakaan. Pada pendapat saya, dia adalah seseorang yang rajin dan sayang kepada kepandaian dan pelajarannya.
'Projek Hantarkan Saya' adalah satu projek yang sangat baik kerana ia boleh tolong Encik Rafi dan orang lain yang seperti dia. Pada fikiran saya, pelajar-pelajar yang sihat boleh belajar daripada Encik Rafi. Ada ramai pelajar yang tidak suka membaca buku dan tidak hairan pasalnya. Encik Rafi mahu memperbaguskan ilmu dan diri sendiri walaupun dia kurang upaya. Pelajar juga mesti baca, mereka sihat tetapi tidak mahu menambahkan ilmu.
Muhd Zulhilmi Bin Miswan(3E2):
BalasPadamRencana ini menunjukkan seorang pesakit distrofi otot seperti Encik Mohammad Rafi Jurani terdapat semangat untuk pergi ke perpustakaan dan meminjam buku walaupun dia mengunakkan kerusi roda.Pada pendapat saya,orang yang penyakit distrofi otot ada semangat seperti orang lain.Ia menunjukkan mereka rajin dalam pelajaran.Kita boleh manfaatkan daripada mereka dan menjadi lebih rajin dan baik dalam pelajaran kita.Walaupun perjalan jauh daripada rumahnya di Jurong ke perpustakaan,dia tetap pergi untuk meminjam buku supaya dia boleh menjadi lebih pandai.Saya harap saya boleh menjadi pandai dan rajin seperti Encik Mohammad Rafi kerana dia ada banyak semangat untuk belajar.
Khidmat ini amat baik sekali! Khidmat ini dapat memanfaatkan penduduk Singapura yang gemar membaca namun mempunyai masalah untuk pergi ke khutubkhanah.
BalasPadamPenduduk yang kurang berupaya itu amat beruntung kerana Singapure mampunyai relawan yang mahu mnolong menghantar buku-buku ke rumah mereka. Saya tidak percaya bahawa di daerah Jurong hanya mempunyai 53 kurang upaya individu yang ingin melibatkan diri untuk khidmat ini. Saya syorkan agar Persatuan Kebajikan Orang-Orang Cacat mendaftarkan semua ahlinya yang kurang berupaya ke dalam khidmat ini.
Jika mereka tidak gemar membaca buku, NLB boleh menganjurkan aktiviti seperti bersiar-siar, mengajak mereka ke tempat bersejarah, menguruskan kursus untuk pelajari sesuatu yang baru dan mungkin mengadakan kem motivasi. Program-program yang patut juga disediakan oleh khidmat ini adalah membawa mereka ke perpustakaan. Memperbanyakkan buku-buku di khutubkhanah.
Walaupun khidmat ini diterima oleh kebanyakkan penduduk OKU, khidmat ini juga membawa kesan negative terhadap mereka. Mereka duduk di rumah sambil membaca buku, tetapi ia juga akan mencetuskan sikap malas dan bergantung kepada orang. Ada juga segolongan OKU yang akan tersinggung kerana khidmat ini. Mereka mahu pergi ke perpustakaan dan tidak mahu pertolongan dari mana-mana persatuan. Perpustakaan boleh membina tempat untuk orang berkeupayaan ini duduk dan membaca buku. Mujurlah, setiap perpustakaan mempunyai lif.
Ingin saya tegaskan bahawa seseorang itu tidak perlu tersinggung terhadap khidmat ini. Khidmat ini dapat memanfaatkan semua OKU. Jika saya memmpunyai kecacatan, saya akan mengambil bahagian dalam khidmat ini.
Nuratifah Bte Ahmad. (9)
3E1
Khidmat 'Projek Hantarkan Saya' ataupun 'Deliver Me' adalah suatu perkhidmatan yang berguna dan sangat berfaedah. Walaupun perkhidmatan ini hanya mengkhususkan untuk mereka yang kurang upaya, saya merasakan bahawa perkhidmatan ini sepatutnya dikemukakan kepada golongan warga emas yang menghadapi masalah untuk melakukan perjalanan untuk ke suatu destinasi. Walaupun pada ketika ini perkhidmatan ini hanya ditukjukan kepada mereka yang hendak meminjam buku di kutub-khanah, saya yakin bahawa perkhidmatan ini harus memberi perhatian kepada aspek aspek yang lain seperti industri permakanan, perkhidmatan mengurut dan juga barang barang kerperluan dapur.
BalasPadamDengan ini, warga emas dan mereka yang kurang upaya tidak perlu bersusah paya untuk kesesuatu tempat untuk mendapatkan apa yang diperlukan.
Azlin 3E2
Muhd. Syafiq 3E2.
BalasPadamProjek tersebut ade satu projek yang tidak masuk akal. Ia kerana mereka yang kurang upaya harus berusaha sendiri daripada menyusahkan orang.
walaupun mereka kurang upaya mereka boleh berduduk di kerusi roda dan pergi ke perpustakkan bukan nya mereka telantang di katil. kalau mereka boleh makan dengan sendiri maknanya mereka boleh ke perpustakkan dan tidak perlu perhidmatan itu.
bagaimana pula kalau merake sudah meminjam abeh siapa yg ingin memulangkannya pula.
pada pendapat saya perjek ini harus dihapuskan kerana sebab-sebab yang saya sudah senarai kan di atas.
Suhaila 3e2: Perkhidmatan yang telah diberikan amat berharga untuk orang-orang yang kurang upaya ini. Dengan perkhidmatan ini, mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke perpustakaan jika ingin meminjam buku. Selain dari perkhidmatan ini, masyarakat boleh membuat perkhidmatan perkhidmatan yang lain, yang boleh mendatangkan kesenangan kepada rakyat-rakyat di Singapura. Contoh-contoh itu adalah, mereka boleh membuat khidmat penghantaran barang dapur ke rumah bagi sesiapa yang membuat pesanan. Ini dapat menolong suri rumah apatah lagi warga-warga emas yang sudah tidak aktif. Selain dari itu, khidmat penghantaran pakaian ke rumah boleh dibuat. Ini akan memberi kesenangan kepada remaja-remaja yang gemar membeli belah melalui lelaman web. Dengan itu, perkhidmatan perkhidmatan yang sebegini harus dibuat untuk kesenangan para penduduk. (:
BalasPadamPada pendapat saya, artikel ini mengandungi beberepa faktor yang bagus dan bermanfaat. Sepertinya, ia dapat membantu orang-orang susah dan kurang berupaya seperti Encik Rafi. Tetapi, ada juga kesan negatif yang terdapat jika khidmat baru ini dijalankan. Orang-orang yang lain juga akan rasa tidak berpuas hati kerana khidmat ini hanya untuk orang-orang kurang berupaya. Dengan itu, pengaduan akan diadu oleh mereka. Selain daripada khidmat penghataran buku ke rumah, terdapat pelbagai lagi perkhidmatan luaran yang dapat diperjalankan. Contohnya khidmat penghantaran industri makanan seperti kerepek. Kami tidak perlu lagi menyusahkan diri dan penjual itu akan mendapat pergi ke satu tempat ke lagi satu. Dia tidak harus menjual di pasar kerana jika dia melakukan sebegitu, tidak ramai orang akan membelinya dan tidak akan dapat keuntungan yang banyak. Walaubagaimanapun, saya tetap merasakan bahawa khidmat yang ditawarkan ini amat baik.
BalasPadam~ Norsilah Bte Anuar 3e2
MD HAFIZ BIN ABD RAHMAN
BalasPadamPada pendapat saya,perkhidmatan yang diberikan kepada Encik Mohammad Rafi Jurani adalah sungguh berkesan kepada semua orang .Orang yang kurang berupaya ini perlu membuat pelayaran ke perpustakaan dan ia amat leceh tetapi dengan khidmat ini mereka tidak perlu pergi ke perpustakaan lagi untuk meminjam buku tetapi hanya perlu masuk ke lelaman NLB untuk meminjam buku.
Pada pendapat saya, khidmat ini akan membuat orang yang berupaya sedih kerana mereka akan rasa bahawa hanya orang yang kurang berupaya sahaja yang ditumpukan oleh government tetapi bagi saya government memang harus menempukan perhatian lebih kepada orang yang kurang berupaya kerna mereka yang perlu pertolongan.Orang seperti saya yang sempurna harus belajar untuk menjadi seorang yang berdikari dan tidak harus hanya mengharapkan pertolongan sahaja.
Willim Anthony 3E2 :
BalasPadamPendapat saya bagi Projek Hantarkan Saya (Deliver Me) yang ditawarkan oleh NLB, akan sangat banyak membantu orang-orang yang kurang upaya atau mempunyai kesusahan untuk berjalan. Dan saya juga berfikir bahawa projek ini telah lama di idamkan oleh orang-orang yang benar-benar memerlukannya. Saya merasa projek ini haruslah di lanjutkan dan dipeluaskan lagi kerana masih sangat banyak orang kurang upaya yang akan memerlukan projek ini. Dan projek ini juga akan mempermudahkan banyak orang yang harus berpergian ke perpustakan untuk membantu saudara-saudara atau teman mereka untuk meminjam buku.
'Projek hantarkan saya' akan memafaat orang yang kurang berupaya.Mereka tidak akan membuang tenaga untuk pergi ke perpustakaan. Ada orang yang kurang berupaya yang hendak diberi perhatian sama dengan orang-orang yang berupaya.Mereka akan berasa mereka tidak berguna jika selalu diberi bantuan. 'Projek hantarkan saya' akan memudakan orang yang kurang upaya untuk pinjam buku dengan muda. Tetapi jika ada banyak sangat khidmat hantar ke rumah mereka akan menjadi malas. Banyak pemandu teksi yang hantar buku-buku ke rumah orang yang kurang upaya.Mereka akan terlalu mengharapkan bantuan ini yang buat mereka menjadi malas.
BalasPadam