Selasa, 17 Februari 2009

Aktiviti 09-09

Bincangkan implikasi daripada tindakan berikut.

RIBUT API SEMPURNA

Kebakaran besar berpunca daripada cuaca dan faktor lain
OlehNorman Sawi

KEBAKARAN semak adalah sesuatu kejadian alam yang dijangka oleh penduduk di daerah berdekatan kawasan belukar yang kering dan panas. Bencana api di Victoria, Australia, namun memeranjatkan penduduknya dan warga bumi yang lain kerana keluasan kebinasaan yang terjadi.

Setakat ini sekitar 200 penduduknya telah pun disahkan mati dan lagi berpuluh-puluh mengalami kecederaan. Kebakaran pada skalar besar seperti ini disifatkan para saintis sebagai 'ribut api sempurna'.

Antara lain, keadaan cuaca dan faktor lain harus berlaku serentak bagi sesebuah ribut sempurna berlaku. Apakah faktor-faktor yang mewujudkan kebakaran yang 'sempurna' ini?

Kadar kelembapan udara rendah

Suhu di kawasan Australia kebelakangan ini mencecah lebih 40 darjah Celsius.
Tiupan angin yang kencang yang dirasai di seluruh Victoria pula menimbulkan situasi di mana kandungan kelembapan udaranya menjadi terlalu rendah, menurut pengkaji kebakaran, Encik Andrew Sullivan, dalam satu laporan BBC.

Kemarau berlarutan

Victoria sedang mengalami musim kemarau yang berpanjangan digelar Big Dry. Bahkan, ia adalah kemarau paling buruk pernah dialaminya dalam masa seabad. Para saintis percaya fenomena alam ini berlaku kerana perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi (Indian Ocean Dipole). Ia mempunyai kaitan yang kuat dengan perubahan iklim yang sedang dirasai dunia kini.

Tiada sistem back-burning

Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

Logik kaedah ini adalah untuk mengurangkan bermulanya kebakaran semak-samun dan belukar yang boleh menjadi bahan api.

Kaedah ini tidak disukai beberapa pemerintah negara yang mempunyai risiko tinggi kebakaran semak kerana mereka bimbang kebakaran yang dicetus secara sengaja akan merebak dan gagal dikawal.

Alasan ini mungkin satu punca mengapa back-burning tidak dilakukan di hutan di kawasan tenggara Australia, kata Encik David Packham, pengkaji daripada Kumpulan Pembelajaran Iklim di Universiti Monash.

Tiada sistem amaran kebakaran kebangsaan

Pemerintah Australia telah pun mendedahkan rancangannya menubuhkan sebuah sistem amaran yang akan menghantar SMS kepada penduduk di kawasan terjejas apabila mereka terdedah kepada risiko kebakaran semak yang tinggi.

Sistem ini tidak wujud sebelum ini kerana beberapa masalah, termasuk undang-undang mengawal keperibadian individu dan isu kewangan.

Perbuatan orang

Polis Australia kini percaya bahawa sejumlah daripada kebakaran yang berlaku adalah angkara manusia dan bukan perbuatan alam semata-mata.

Pesuruhjaya Polis Victoria, Christine Nixon, memberitahu wartawan minggu lalu bahawa sebuah kebakaran di Churchill, sekitar 140 kilometer dari Melbourne, dimulakan secara sengaja oleh manusia.

Sekurang-kurangnya 21 individu meninggal dunia dalam kebakaran itu.

CABAR MINDA
Terangkan makna proses 'back-burning'.
Apakah salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria, Australia?
Berikan perkataan yang seerti dengan semak.


25 ulasan:

  1. DanDon 3E2: (1)Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar untuk mengurangkan kebakaran semak samun dan berlukar yang boleh menjadi bahan api.

    (2)Salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria , Australia ialah kerana berlaku kerana perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi ,Ia juga mempunyai kaitan yang kuat dengan perubahan iklim yang sedang dirasai dunia kini.

    (3)Perkataan yang seerti dengan semak ialah komen.

    BalasPadam
  2. asyraf:3E2

    Makna: Back burning adalah kebakaran kecil-kecilan yang disengajakan untuk mencegah kebakaran di tempat yang berisiko tinggi.

    Salah satu punca itu adalah kemarau yang melanda australia dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius. Dengan ini, semak-samun akan kering dan senang terbakar.


    Seertinya: belukar

    BalasPadam
  3. Aqidon Aquid 3e1

    Proces back-burning ialah memulakan kebakaran yang kecil-kecil di kawasan yang ada risiko tinggi terbakar. Ia kerana untuk mengurangkan bermulanya kebakaran yang lebih besar di masa hadapan, yang boleh membahayakan haiwan-haiwan dan manusia yang tinggal di daerah itu.

    Salah satu punca kebakaran ialah kerana perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi (Indian Ocean Dipole).

    Perkataan seerti semak adalah 'komen'.

    BalasPadam
  4. Muhd. Syafiq 3E2

    "Back-Burning" adalah sebuah process yang mencegah kebakaran dengan memula kebakaran dikawasan kecil-kecil yang ada risiko tinggi. Satu punca yang menyebabkan kebakaran ialah suhu yang tinggi.
    Pokok yang rimbun-semak.
    kebakaran ini mulakan daripada suhu darjah yang tinggi. dan di negeri tersebut tidak ada sistem amaran kebakaran kebangsaan. Polis Australia bercaya bahawa kebanyakkan kebakaran adalah angkara manusia. Kebakaran ini semua terjadi kerana tiada ada amaran ataupun sistem untuk meberitahu para penduduk.
    Suhu di kawasan Australia kebelakangan ini mencecah lebih 40 darjah Celsius dan pekara ini meneyebabkan kebakaran semak di Victoria, Australia.

    BalasPadam
  5. 1.Back-burning itu dimaksudkan sebagai proses yang membakar hutan-hutan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk terbakar dengan kawalan. Dengan membakar mereka dahulu, semak-samun yang mengelilingi hutan itu tidak akan terjejas. Dan kemungkinan besar, kebakaran itu tidak akan merebak. 2. Memang kebanyakkan kebakaran hutan disebabkan oleh kejadian alam. Ada juga yang dibuat oleh manusia. Semua pemerintah di setiap negara di dunia ini sedang mencari jalan untuk mencegar kebakaran hutan yang diakibatkan oleh kejadian alam. Contohnya, menggalakan semua penduduk untuk menghindar dari menggunakan barang-barang CFCs yang akan memanaskan lagi dunia ini. Untuk mencegarkan perbuatan manusia membakar hutan,pemerintah harus mendidik mereka tentang bahaya dan kesan yang akan menjejas mereka secara tidak langsung. 3.Semak = Belukar.

    Nuratifah Bte Ahmad (9)
    3E1

    BalasPadam
  6. -Farhan Syah
    Oh.. kebakaran yang terteruk dalam seabad..
    Penyiasat-penyiasat pakar telah megatakan bahawa punca 'ributan api' di Victoria, Australia, bukan berpunca daripada alam semata-semata. Penyiasat percaya bencana alam itu berpunca daripada manusia dengan sengaja..
    Back-Burning adalah sesuatu proses yang mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar. Proses ini boleh diharapkan.. =D!

    BalasPadam
  7. Muhammad.Ridzwan Bin Katerman 3E1

    Cabar Minda

    1)'Back-burning'adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.
    2)Perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi (Indian Ocean Dipole)adalah salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria,Australia.
    3)Semak= Berlukar

    Ulasan:

    Pada pendapat saya, kebakaran semak di Australia adalah suatu perkara yang bahaya untuk penduduk di kawasan tersebut. Sehingga kini, ratusan orang telah dibunuh akibat kebakaran tersebut kerana tiada sistem amaran kebakaran kebangsaan yang sepatutnya diberikan oleh pemerintah Australia. Bagi saya, perbuatan orang memulakan kebakaran semak adalah sesuatu perkara yang 'bodoh'kerana mereka bukan hanya membunuh penduduk di situ malah merosakkan harta benda awam. Saya berasa bahawa pemerintah di Australia tidak mengambil berat tentang perkara tersebut kerana mereka tidak dapat menyelamatkan penduduknyas sendiri.

    BalasPadam
  8. Mohammad Nashrulhaq Abdullah(NasBregas) 3e1:



    Jawapan:
    1)Terangkan makna proses 'back-burning'.

    -Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2)Apakah salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria, Australia?

    -Puncanya ialah bencana api di Victoria, Australia, namun memeranjatkan penduduknya dan warga bumi yang lain kerana keluasan kebinasaan yang terjadi.
    Kebakaran semak adalah sesuatu kejadian alam yang dijangka oleh penduduk di daerah berdekatan kawasan belukar yang kering dan panas.

    3)Berikan perkataan yang seerti dengan semak.

    Perkataannya ialah pokok-pokok kecil.


    David Beckham atau David Packham?
    Rencana ini tentang kebakaran semak yang telah terjadi di Victoria, Australia. Pada pendapat saya, kejadian ini adalah satu pekara yang buruk dan sedih kerana apinya akan menjadi lagi besar dan bakar pokok-pokok yang berada di situ. Banyak binatang yang tinggal dalam pokok-pokok ini, akan hilang rumah mereka dan kebakaran yang berlaku ini akan membuat 'Global Warming'. Apabila telah membaca rencana ini, saya berdoa yang mereka cepat membuat sistem amaran kebakaran ini untuk menolong orang tahu kalau pekara ini berlaku sekali lagi. Saya juga berdoa yang kejadian ini tidak akan berlaku lagi.

    BalasPadam
  9. MD HAFIZ BIN ABD RAHMAN
    Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar dan cara ini adalah untuk mengurangkan bermulanya kebakaran semak-samun dan belukar yang boleh menjadi bahan api.

    Polis Australia kini percaya bahawa sejumlah daripada kebakaran yang berlaku adalah angkara manusia.

    semak=belukar

    Pada pendapat saya,musibah yang berlaku ini amat menyedihkan kerana ramai penduduk yang tidak bersalah juga cedera.Kebakaran semak sudah karib berlaku.Kebakaran semak di Australia ini adalah satu contoh bahawa ramai manusia sudah menjadi seorang yang tidak berhati perut.
    Dengan perbuatan mereka,ramai orang yang tidak bersalah terlibat.Ada yang meninggal dan ada yang cedera parah.Bukan manusia sahaja yang menderita tetapi binatang-binatang yang tinggal di situ juga menderita kerana rumah mereka telah terbakar dan mereka sudah tidak mempunyai tempat tinggal lagi.
    Pada pendapat saya,manusia yang memulakan kebakaran ini harus dihukum gantung kerana mereka sudah membuat kehidupan orang lain menderita.

    BalasPadam
  10. 1.Back-burning adalah proses membakar hutan yang mempunyai kemungkinan besar untuk terbakar. Semak-samun yang mengelilingi kawasan itu mungkin tidak akan terjejas dari kebakaran itu. Ini akan membuat hutan itu tidak merebak dengan teruk sekali.

    2.Memang kebanyakkan kebakaran hutan disebabkan oleh kejadian alam. Ada juga yang dibuat oleh manusia. Semua pemerintah di setiap negara di dunia ini sedang mencari jalan untuk mencegar kebakaran hutan yang diakibatkan oleh kejadian alam. Contohnya, menggalakan semua penduduk untuk menghindar dari menggunakan barang-barang CFCs yang akan memanaskan lagi dunia ini. Untuk mencegarkan perbuatan manusia membakar hutan,pemerintah harus mendidik mereka tentang bahaya dan kesan yang akan menjejas mereka secara tidak langsung.

    3. Semak=Belukar

    Nuratifah Bte Ahmad(9)
    3E1

    BalasPadam
  11. Amsyar Afiq 3E2

    Ulasan ini mengenai kebakaran yang belaklu di Victoria, Australia. kebakaran ini adalah kebakaran yang terbesar yang pernah terjadi.
    Pada pendapat saya, kebakaran sebergini boleh berlaku jika tiada tindakan untuk menghentikan kebakaan, banyak lagi kawasan-kawasan yang akan turut terjejas.

    Pada pendapat saya, tindakan yang sewajarnya iaah untuk memastikan cuaca tidaklah berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran.Membakar kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dengan membakarnya secara kecil-kecilan.

    Proses yang dilakukan ini adalah untuk mengurangkanbermulanya kebakaran semak-samun dan belukar yang boleh menjadi bahan api. Tetapi tidak semua pemrtintah bersetuju dengan tindakan ini.Mereka bimbang kebakaran yang dicetus secara sengaja akan merebak dan gagal dikawal. Encik David Packham, pengkaji daripada Kumpulan Pembelajaran Iklim di Universiti Monash berkata bahawa inilah punca utamanya.

    CABAR MINDA

    Back burning adalah satu proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar. Logik kaedah ini adalah untuk mengurangkan bermulanya kebakaran semak-samun dan belukar yang boleh menjadi bahan api.

    Cuaca adalah salah satu punca. Juga, jumlah semak-semak yang berjumlah besar. Belukar.

    :)

    BalasPadam
  12. `Akeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeem. =)

    Suhu di kawasan Australia kebelakangan ini mencecah lebih 40 darjah Celsius. Ini adalah salah satu sebab mengapa kebakaran tersebut berlaku. Victoria sedang mengalami musim kemarau yang berpanjangan digelar Big Dry. Ini bermaksud bahawa suhu di kawasan itu amat tinggi. Back Burning bukan proces yang baik kerana ia akan mengakibatkan semak kebakaran. Walaupun ini memberi kebaikan kepada petani-petani yang tinggal di daerah situ kerana dari proces pembakaran ini, tanaman-tanaman mereka dboleh menumbuh secara baik dan cepat kerana ia memperbaiki qualiti tanah yang telah diadakan. Tetapi, proces sebegini akan mengakibatkan kepanasan global.

    Mengapakah Australia ada sistem amaran bagi pembakaran-pembakaran tersebut secara SMS? Bagaimana pula dengan penduduk-penduduk yang tiada telefon bimbit? Apakan daya, mengadakan sistem tersebut akan menyelamatkan banyak orang dan binatang. Sistem ini tidak wujud sebelum ini kerana beberapa masalah, termasuk undang-undang mengawal keperibadian individu dan isu kewangan. Tetapi, perkaras tersebut boleh dibincangkan bersama penduduk-penduduk Australia.

    Dalam pendaapt saya, sesiapa sahaja yang telah memulakan kebakaran tersebut adalah orang yang tidak bersimpati kepada orang lain. Beliau tidak sedar bahawa perkara tersebut telah mengakibatkan kematian beberapa orang dan kemusnahan banyak rumah.

    :D

    Cabar Minda.
    Proces “Back Burning”:
    Pembakaran baranag-barang yang boleh dibakar oleh suhu yang tinggi. Barang-barang tersebut dibakar dahulu sebelum sebuah kebakaran berlaku kerana cuacanya panas.
    Punca: Proces tersebut mengakibatkan kepanasan global, kebakaran beberapa rumah dan kemautan beberapa orang jika tidak boleh ditanggung.
    Seerti Semak : Belukar

    BalasPadam
  13. pada pendapat saya,ada kemungkinan bahawa kebakaran semak memang kejadian alam.
    ini semua disebabkan pemanasan global yang menimpa dunia seluruhnya.
    faktor-faktor yang lain juga patut dipertimbangkan kerana ada logiknya.
    faktor seperti kadar kelembapan udara rendah,di mana kelembapan udara menjadi rendah, atau musim kemarau berlarutan yang berpanjangan,juga digelar sebagai 'Big Dry'.
    'Big Dry' adalah kemarau paling terburuk yang dialami Victoria dalam masa seabad.
    Sistem back-burning juga amat berkesan tetapi mereka tiada sistemnya pada masa itu.
    Sistem amaran kebakaran yang pada masa itu orang-orang kampung tidak termampu untuk mempunyainya kerana kos-kos yang tinggi.
    faktor yang dihina oleh saya adalah apabila orang-orang yang membakar semak-semak itu.
    saya rasa mereka ingin melenyapkan semak itu untuk kegunaan mereka seperti membina pembangunan yang baru kerana kebakaran adalah cara yang cepat dan mudah.
    macam mana pun,kebakaran adalah sesuatu tanda daripada tuhan supaya manusia boleh memikir tentang nya.

    CABAR MINDA
    i)back-burning adalah satu process apabila mereka membakar kawasan kecil yang berisiko tinggi terbakar untuk mengelakkan dari kebakaran yang akan berlaku pada masa hadapan.
    ii)salah satu punca kebakaran belukar di Victoria, Australia adalah kemarau berlarut yang melanda mereka.
    iii)Belukar.

    BalasPadam
  14. Nas 3e1:

    Rencana ini tentang kebakaran semak yang telah terjadi di Victoria, Australia. Pada pendapat saya, kejadian ini adalah satu pekara yang buruk dan sedih kerana apinya akan menjadi lagi besar dan bakar pokok-pokok yang berada di situ. Banyak binatang yang tinggal dalam pokok-pokok ini, akan hilang rumah mereka dan kebakaran yang berlaku ini akan membuat 'Global Warming'. Apabila telah membaca rencana ini, saya berdoa yang mereka cepat membuat sistem amaran kebakaran ini untuk menolong orang tahu kalau pekara ini berlaku sekali lagi. Saya juga berdoa yang kejadian ini tidak akan berlaku lagi.

    Jawapan:
    1) Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2) Punca itu adalah bencana api di Victoria, Australia, namun memeranjatkan penduduknya dan warga bumi yang lain kerana keluasan kebinasaan yang terjadi.

    3)Perkataan itu adalah 'pokok'.

    BalasPadam
  15. Zulhilmi 3E1;

    1)Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan api yang kecil
    di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2)Salah satu punca kebakaran adalah kebakaran semak yang dijangka oleh penduduk di daerah berdekatan kawasan belukar yang kering dan panas.

    3)Perkataannya ialah pokok-pokok kecil.

    Rencana ini adalah tentang kebahayaan kebakaran.Ia juga tentang kebakaran semak yang telah terjadi di Victoria,Australia.Ia megejutkan orang-orang yang tinggal di Victoria,Australia dan berdekatan.Banyak binatang yang tinggal di Victoria,Australia akan tetap hilang rumahnya yang dibakar.Ia satu benda yang buruk.Pada pendapatan saya,ia harus diberhentikan.Binatang tiada rumah apabila pokok-pokok dibakarkan. Kebakaran pada skalar besar seperti ini disifatkan para saintis sebagai 'ribut api sempurna'.Kebakaran semak ini memeranjatkan penduduknya di dan berdekatan Victoria,Australia.

    BalasPadam
  16. Qurratu Aini
    3E1
    1. Proses 'back-burning'adalah untuk mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.
    2. Salah satu punca kebakaran ini berlaku ialah suhu di kawasan Australia kebelakangan ini mencecah lebih 40 darjah Celsius dan
    tiupan angin yang kencang yang dirasai di seluruh Victoria pula menimbulkan situasi di mana kandungan kelembapan udaranya menjadi terlalu rendah
    3. Berlukar

    Pada pendapat saya,kebakaran ini disebakan oleh suhu yang tinggi di Australia dan tiupan angin yang kencang yang dirasai menimbulkan situasi di mana kandungan kembelapan udaranya menjadi terlalu rendah dan musim kemarau menjadi berlarutan dan ia adalah kemarau yang paling teruk yang pernah dialami dan Para saintis percaya fenomena alam ini berlaku kerana perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi (Indian Ocean Dipole). Ia mempunyai kaitan yang kuat dengan perubahan iklim yang sedang dirasai dunia kini. Proses back-burning kekurangan di negara itu dan ini menyebabkan banyak kebakaran berlaku. Sistem amaran melalui SMS adalah candangan yang bagus tetapi mungkin tidak begitu berhasil kerana ada orang yang tidak mempunyai telefon bimbit dan ada yang mematikan telefon atas beberapa sebab tertentu .

    BalasPadam
  17. Pada pendapat saya, artikel ini bagus kerana dapat menyampaikan pada pembacanya perkara yang tertentu iaitu tentang kebakaran besar di Victoria, Australia. Kebakaran yang berlaku ini sangat menyeramkan kerana telah mengambil 200 nyawa penduduk yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian dan berpuluh-puluh pula yang mengalami kecederaan sahaja. Punca musibah ini berlaku adalah kerana kadar kelembapan udara yang rendah. Ia juga berlaku kerana kemarau yang berlarutan. "Sudah terhantuk baru terngadah" itulah yang harus menteri di negeri yang mengalami musibah ini melakukan. Sudah berapa kali terbakar, tetapi mereka tetap tidak ingin bertindak supaya dapat bersedia apabila terjadi lagi kebakaran itu. Menteri Australia tidak ada proses-proses seperti back-burning. Mereka juga tidak ada sistem amaran kebakaran kebangsaan yang dapat memberi amaran kepada penduduk-penduduk
    tentang kebakaran supaya dapat menyelamatkan diri. Saya rasa artikel seperti ini harus di letrakkan lagi supaya pembaca dapat tahu apa yang berlaku di luar negara.

    CABAR MINDA
    Terangkan makna proses 'back-burning'.

    ~> Proses 'back-burning' adalah proses untuk mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    Apakah salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria, Australia?

    ~> Salah satu punca kebakaran belukar adalah kerana kadar kelembapan udara yang rendah dan juga kerana kemarau yang berlarutan.

    Berikan perkataan yang seerti dengan semak.

    ~> Perkataan yang seerti dengan semak adalah "Belukar".

    BalasPadam
  18. Kebakaran yang berlaku berpunca daripada kadar kelembapan udara rendah, kemarau berlarutan, tiada sistem back-burning, tiada sistem amaran kebakaran kebangsaan. Ada juga disebabkan atas perbuatan dengki manusia. Kebakaran ini telah meragut nyawa mereka yang tidak bersalah.

    Bencana alam yang berlaku seperti kemarau yang berpanjangan tidak boleh dielakkan. Namun, mereka boleh mengambil inisiatif untuk mencegah kebakaran daripada berlaku.

    CABAR MINDA;

    Terangkan makna proses 'back-burning'.

    Proses 'back-burning' mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar. Ia mengurangkan bermulanya kebakaran semak-samun dan belukar yang boleh menjadi bahan api.

    Apakah salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria, Australia?

    Salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria, Australia ialah atas perbuatan manusia sendiri yang dimulakan secara sengaja.

    Berikan perkataan yang seerti dengan semak.

    Belukar.

    BalasPadam
  19. Pada pendapat saya, ribut api tersebut merupakan satu tanda buruk yang menunjukkan suhu dunia kita samakin meningkat dari masa ke masa. Peningkatan suhu dunia juga kini hangat dibincangkan di semua negara dan banyak negara telah mangambil langkah untuk mengatasi masalah ini.
    Dalam pandangan saya, tindakan-tindakan yang dilancar oleh pihak Autralia ada baik dan buruknya. Langkah menghantarkan SMS untuk memberikan amaran kepada penduduk merupakan langkah yang baik untuk menyediakan payung sebelum hujan.Untuk langkah seperti "back-burning" pula, langkah tersebut kurang sesuai kerana mempunyai risiko yang tinggi.Lankah alternatif yang boleh digunakan ialah sentiasa mengekalkan kelembapan udara dengan menggunakan kaedah pengejatan air secara berleluasa supaya udara di sekeliling akan sentiasa lembap.
    CABAR MINDA:
    proses "back burning" ialah proses di mana semak samun yang boleh mencetuskan kebakaran akan dibakar dahulu untuk mencegahkan kebakaran daripada senang berlaku.

    Salah satu puncanya ialah sikap kecuaian dan kelalaian manusia dan juga ada yag sengaja mencetuskan kebakaran

    Perkataan yang seerti dengan semak ialah hutan

    BalasPadam
  20. CABAR MINDA:
    1) Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2) Salah satu punca itu ialab musim kemarau yang berpanjangan yang membawa iklim yang sedang dirasai dunia kini.

    3) semak - belukar

    ULASAN:
    Pada pendapat saya, kebakaran berpunca daripada angkara manusia. Banyak daripada faktor-faktor yang diluaskan ada kaitan dengan manusia. Contohnya back-burning dan tiadanya sistem amaran kebakaran kebangsaan.

    Jika kedua-dua faktor ini dapat dijalankan, mungkin jumlah kebakaran terutama sekali di kawasan hutan dapat dikurangkan.

    Kadar kelembapan udara rendah dan kemarau berlarutan juga ada kaitannya dengan manusia. Jika kita lebih prihatin dalam keadaan dunia dahulu, mungkin tiadanya "global warming".

    BalasPadam
  21. Walaupun ahli sains telah menimbulkan faktor faktor yang mengakibatkan kebakaran ini, saya yakin bahawa jikalau ada tindakan yang diambil, tidak ada kemungkinan besar bahawa peristiwa ini akan berlaku. Antara faktor faktor yang disenaraikan, salah satu faktor ini menyatakan bahawa kebakaran ini mungkin perbuatan manusia sendiri. Christine Nixone, Persuruhjaya Polis Victoria, mengatakan bahawa ada sebuah kebakaran di Churchill, sekitar 140 kilometer dari Melbourne yang dimulakan secara sengaja oleh manusia. Kebakaran ini telah mengakibatkan sekurang kurangnya 21 individu meninggal dunia.
    Peristiwa ini menunjukkan bahawa ada beberapa manusia yang tidak mempunyai sifat bertanggung jawab dan merosakkan alam semula jadi. Kita harus berterima kasih atas tumbuh tumbuhan yang memberikan udara supaya kita dapat hidup.

    Back burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi untuk menangkap api.

    Di Victoria, ada sebuah kebakaran yang dimulakan secara sengaja oleh manusia. Kebakaran ini telah mengambil sekitar 21 nyawa manusia.

    Semak seerti dengan Belukar.


    Azlin. 3E2

    BalasPadam
  22. Nisa Nurdini Bte Johar
    3E1:D
    CABAR MINDA:

    1)Back-burning adalah proses mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2)Salah satu punca kebakaran belukar berlaku di Victoria,Australia ialah musim kemarau yang berpanjangan kerana perubahan suhu lautan yang dikenali sebagai Dipole Lautan Hindi (Indian Ocean Dipole).

    3)Perkataan yang seerti dengan semak ialah belukar.

    ULASAN:

    Kebakaran yang berpunca daripada cuaca dan faktor lain yang termasuk dengan perbuatan orang telah mengakibatkan jumlah kecederaan dan kematian banyak berlaku.

    Pada pendapat saya,kebakaran yang berpunca daripada cuaca seperti kadar kelembapan udara yang rendah dan kemarau berlarutan sukar untuk dijauhkan.Ianya terjadi akibat perubahan iklim yang dirasai bumi kini.

    Namun,saya mempercayai bahawa kebakaran sedemikian berlaku berpunca dari angkara manusia.

    Banyak punca yang dikemukakan sebelumnya ada kaitannya dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawap.
    Keadaan dunia yang semakin memburuk berlaku akibat sikap manusia yang tidak prihatin dalam mengelakkan dan mencegah perkara sedemikain untuk berlaku.

    Sistem-sistem seperti back-burning dan amaran kebakaran kebangsaan ini adalah cara yang boleh membantu keadaan tersebut.Jika sistem-sistem ini dijalankan,mungkin kebakaran yang berlaku terutamakali di kawasan hutan dapat dikurangkan.

    Dalam keseluruhan saya yakin bahawa punca kebakaran dan keadaan cuaca yang menjejas semuanya berlaku akibat manusia.Ssaya berharap bahawa manusia akan lebih prihatin dan berfikir dengan lebih cergas sebelum melakukan
    tindakan tersebut.Mereka tidak menyedari bahawa hidup kita juga bergantung pada tumbuhan di hutan yang memberi kita oksigen untuk bernafas.(:

    BalasPadam
  23. Suhaila 3e2 (:

    1) Ia mencegah kebakaran dengan memulakan kebakaran kecil-kecilan di kawasan yang mempunyai risiko tinggi terbakar.

    2) Salah satu punca kebakaran itu adalah kadar kelembapan udara rendah dimana suhu di kawasan Australia mencecah lebih 40 darjah Celsius mengakibatkan tiupan angin
    kencang yang dirasai di seluruh Victoria pula menimbulkan situasi di mana kandungan kelembapan udaranya menjadi terlalu rendah.

    3) Semak adalah belukang.

    Rencana ini menceritakan tentang sebuah kebakaran yang berlaku di Victoria, Australia. Ada beberapa punca yang menyebabkan kebakaran itu daripada terjadi. Punca-punca itu dapat dicegah jika orang ramai dapat memberi kerjasama.

    BalasPadam
  24. Faktor Lain yang menyebabkan kebakaran: Bagi pendapat saya, selain kerana suhu yang sangat panas, ada faktor faktor lain yang juga menyebabkan peristiwa ini, seperti puntung puntung rokok yang masih ada apinya dan sengaja di buang ke semak-semak. Dan tanpa pengetahuan menyebabkan sebuah kebakaran.

    Kemarau berlarutan: saya merasa bahawa salah satu penyebab big dry adalah kerana peningkatan suhu sedunia. para-para ahli juga sedang mencari cara-cara untuk mencegah peristiwa ini.

    Tiada sistem back-burning: saya merasa bahawa Sistem back burning ini adalah cara yang sangat berbahaya dan juga akan menyebabkan polusi udara. abu-abu dari pembakaran semak juga akan terbawa oleh angin dan mencemari udara-udara negara lain.

    BalasPadam
  25. Ulasan Fadly……

    Saya bersetuju bahawa kebakaran hutan mungkin disebab oleh manusia. Ini kerana ada yang membuang sampah sembarangan…. Ada sampah-sarap mungkin boleh terbakar dengan senang. Australia mungkin menghadapi kemarau berlarutan dan kelembapan udara yang rendah, tetapi majikan Negara harus memberitahu semua penduk-penduduk yang berdekatan dengan hutan-hutan yang sering terbakar dan system amaran yang effective dan cepat supaya kebanyakkan penduduk boleh menyalamatkan diri…..

    Proses ‘Back-Burning’

    Process ini adalah mengurangkan jumlah objek-objek yang mudah terbakar dalam kebakaran hutan, dengan membuat api kecil di hadapan api yang besar….

    Satu Punca Kabakaran di Victoria, Australia….

    Perbuatan manusia….

    Perkataan yang seerti dengan Semak….

    belukar

    BalasPadam